Memulakan perniagaan perkhidmatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana untuk memulakan perniagaan perkhidmatan (Service Business).

Industri perkhidmatan adalah salah satu industri yang sesuai untuk pemula peniaga. Memerlukan modal yang sangat rendah, dan margin keuntungan yang tinggi, bidang perkhidmatan menjadi pilihan utama untuk pemula-pemula perniagaan yang baru hendak bertapak.

Contoh perniagaan perkhidmatan adalah:

  1. Perkhidmatan Pemasangan CCTV, Alarm, Autogate, Door Access
  2. Perkhidmatan Dobi
  3. Perkhidmatan Travel Agency
  4. Perkhidmatan Memotong Rumput
  5. Perkhidmatan Megemas Pejabat
  6. Perkhidmatan Membaiki Peralatan Elektrik
  7. Perkhidmatan Membaiki
  8. dan lain lain

Saya kerap mengesyorkan kepada rakan-rakan saya yang ingin memulakan perniagaan, mulakan dengan membuat perniagaan service. Kumpul modal untuk game yang lebih besar, pembuatan, peruncitan, dan sebagainya.

Apa-apa pun, kalau kita nak mulakan perniagaan, kita mulakan dengan apa yang kita tahu dan kita memang ahli. Sebab dalam bidang perniagaan ni, ia adalah satu medan peperangan yang kejam. Penipuan, Penzaliman dan Kekejaman berlaku di kiri kanan anda. Sekiranya kita mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan yang kita ceburi, sekurang-kurangnya kita sukar ditipu dalam bidang kita, sebelum kita masak dan berpengalaman dalam taktik, teknik dan strategi perniagaan.

Sebelum memulakan perniagaan, kita kena daftar perniagaan kita. Daftar perniagaan tak sukar. Pergi ke pejabat SSM terdekat, daftar perniagaan kita. RM70 sahaja setahun. Tak perlu Sdn Bhd kalau kita baru nak mula. Membazir. Kos nak bayar Company Secretary tu saja dah tinggi. Daftar Enterprise je, kalau nak No Pendaftaran Perniagaan cantik, daftar dekat Putrajaya. No Perniagaan kita akan bermula dengan 00. Contoh 001234567-A kan cantik tu. Kalau kita register di SSM Negeri ia akan bermula dengan huruf, contohnya JM1234567-C.

Alamat perniagaan pula, pakai alamat rumah pun boleh. Jangan nak semangat sangat pegi cari kedai. Kita pun tak tau bisnes kita ni boleh boom ke tak. Biasa lah awal2 bisnes, memang syok sendiri. Kurang2 kalau tak boleh pegi pun, tak rugi sangat. Bila nak bukak kedai, atau office, perabot kena beli, deposit kena bayar, kena renovate pasang partition bagai. Tak payah. Start je dulu.

Bila dah daftar, kita mulalah dengan memberitahu rakan-rakan terdekat, kita dah mulakan sebuah bisnes baru. Bisnes sekian-sekian. Masuk dalam wasap, post dalam facebook, buat page facebook dan sebagainya. Kita kena bagitau orang yang kita ada buat bisnes, kalau kita tak bagitau orang tak tau.

Mungkin pada mulanya kita tiada sistem, janji mulut sahaja, contohnya kita beritahu rakan-rakan tentang service kita, orang panggil untuk kita buat. Kita letak harga pakai mulut. Harga untuk begini begini, sekian sekian. Dan pelanggan setuju. Kita buat, selesai buat, kita dapat cash. Itu sesuai untuk permulaan. Ratus-ratus boleh la. Kalau customer tak bayar, kita boleh kejar dia sampai dia bayar. Mintak hari2, kalau kena block wasap pun tak ralit sangat. Sebab nilainya tak besar.

Namun, apabila kita dah semakin dikenali, dan harga service kita cecah ribu2 atau puluh ribu, dan kita dah mula mengeluarkan modal untuk memulakan kerja, kita akan minta deposit, betul tak? Deposit tu jangan banyak2 sangat, 10% pun cukup. Pastikan kalau dapat 50% pun kita dah untung. Ada kalanya kalau kita minta deposit tu, client cukup liat nak bagi. Ia adalah kerana dia tak percaya dekat kita, walaupun kawan-kawan. Friend is Friend, Business is Business.

Sebenarnya, cara yang paling mudah untuk counter keadaan begini adalah menggunakan sebutharga atau quotation. Contoh harga servis kita RM5800. Kita nak mintak deposit RM200. Kita buat satu sebutharga, kemudian kita tulis nota, Deposit RM200 diperlukan sebelum kerja dimulakan.

Sebutharga ni kena ada nama perniagaan kita, alamat perniagaan sebagai kepala surat (letterhead). Nampak professional. Kita nak bagitau dia, perniagaan kita berdaftar. Kalau kita lari, dia boleh bukak fail dekat KPDNKK. Dia boleh report polis dan sebagainya. Barulah kita boleh demand tinggi2. Ni harga nak potong kepala, tapi business pun tak register, apa mende nye, ok done bebel.

Bila kita keluarkan sebutharga pulak, biasanya, dan memang confirm, pelanggan akan search dekat internet nama perniagaan kita. Ye lah, dia nak tengok review dan sebagainya. Wujud ke tak business ni. Ni nak keluar duit ribu2 ni. Dan biasanya kalau perniagaan kita tak ada, dia pun akan tertanya2, betulke dia buat bisnes ni, takkan la facebook page pun tak ada, kalau dia nampak business kita ada dekat internet, percaya la sikit. Macam tu. Lagipun kita ni nak bisnes, takkan la benda simple macam tu pun tak boleh buat. Kalau ada website lagi bagus, lagi orang percaya.

Baik panjang dah saya bebel ni, ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Ramai yang ikut model ni, berjaya, dan dah pergi jauh. Kalau anda rasa ilmu ini bermanfaat, sebar2kan lah ilmu ni. Saya pun dapat share pahala.

Ok, selesai part memulakan perniagaan service. Saya nak kongsikan pakej permulaan bisnes yang saya sediakan untuk memudahkan anda memulakan perniagaan berbentuk perkhidmatan. Bukan perkhidmatan pun boleh.

Dalam pakej ini, saya akan listkan business anda di Google, supaya bila orang search business anda, dia jumpa. Saya yang akan daftarkan perniagaan anda di Google. Berbekalkan pengalaman saya, ada beberapa tetapan atau setting dalam google yang boleh dienablekan untuk business anda mudah terpampang di page pertama dalam google.

Di samping itu, dalam pakej ini juga saya akan berikan satu id Wasap.la Biz Dashboard yang anda boleh gunakan untuk membuat link whatsapp untuk memudahkan anda menghebahkan bisnes anda di Facebook, Telegram, Twitter, dan media sosial lainnya. Wasap.la Biz Dashboard ini juga membolehkan anda membuat QR Code link ke whatsapp anda. Ia berguna untuk diletakkan di Flyers.

Dalam pakej ini juga saya akan berikan satu sistem Quotation dan Invoice untuk memudahkan anda membuat Sebutharga dan Invois. Owh lupa nak bagitau Invoice tu apa. Invoice tu, bila kita nak minta payment. Kita bagi Invoice. Kalau dah bayar, kita cop PAID dekat Invoice tu. Pastu kita sign.

Sistem ni boleh generate invoice based on quotation. Tak perlu buat kerja 2 kali. Once customer dah setuju dengan harga kita, kita terus generate invoice untuk quotation tu. Mudah je.

Boleh baca mengenai pakej tersebut di sini:

Baiklah itu sahaja setakat ini. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda yang membaca nukilan dan bebelan saya ini. Berniagalah, walaupun anda sudah kaya.

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *