6 Dosa lisan yang harus di hindari

Seorang Muslim dikehendaki menjaga tindakan dan kata-katanya. Ini kerana perkataan dari mulut boleh menyebabkan perbuatan yang dianggap sebagai dosa. Dalam ajaran Islam, menjaga mulut menjadi sesuatu yang sangat penting. Allah SWT berfirman dalam beberapa ayat Al-Qur’an yang menegaskan tentang mulut. Demikian juga, hadis Rasulullah SAW tentang menjaga mulut.

Menjaga mulut adalah sesuatu yang ditekankan dalam Al-Qur’an surah Qaf ayat 18:

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Maksudnya: Tiada suatu perkataan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

Read more

6 Sifat Perempuan yang Buruk untuk dinikahi dan 5 Sifat Lelaki yang Buruk untuk didekati

Dalam islam, perhubungan lelaki dan wanita yang berniat untuk mendirikan rumah tangga adalah diperbolehkan dengan syarat niatnya harus kerana Allah taala. Pun begitu, jarang dibincangkan apakah ciri-ciri lelaki yang baik dan perempuan yang baik untuk didekati justeru dinikahi. Tujuan blog post kali ini adalah untuk membantu rakan-rakan pembaca yang sedang mencari panduan untuk mencari pasangan hidup.

Diharapkan artikel ini bermanfaat, In Sya Allah

Read more

Di Pintu Syurga – KRU dan Elite Chords

C              Em      Gm       F
Sekukuh… sekukuh mana ikrar kasih kita
Fm        A#         C
Setebal mana masih ada sempadannya
F                Em          Am
Akan tiba nanti… harus ditempuhi
A#                G
Ada daya kita melawan masa

D              F#m       Am         G
Takdirnya… takdirnya dunia hanya sementara
Gm        C          D            Bm
Walau begitu cinta suci tuk selamanya
G                 F#m        Bm
Ini realiti… hilang tak terganti
Em       F#m             Gm            A
Namun ku tahu kau dan aku akhirnya kembali bersatu

*Chorus:
D     F#m        G
Andai daku pergi sebelummu
Em               A      D
Kenangkanlah ku selalu didalam doamu
G    A         F#m      Bm-C#
Kaulah cinta pertama dan terakhir untuku
Em
Ku berjanji kan menantimu
Gm            A          D              A
Setia menunggu di pintu syurga

D                  F#m        Am       G
Di sana… di sana menanti gemilang cinta
Gm             C        D     Bm
Jadi lenyapkanlah titisan airmata
G                  F#m        Bm
Tabahkanlah hati… mengharungi hari
Em        F#m         Gm             A
Abadikanlah saat indah… kita kan tetap bersama

MKI arah tubuh jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Syariah yang semakin TERCABAR

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah satu Jawatankuasa Khas perlu segera ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah ini berikutan kebelakangan ini banyak kes yang sedang dibicarakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah Persekutuan, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam membuat dan meluluskan undang-undang Islam (Syariah) serta bidang kuasa Mahkamah Syariah yang mendengarnya.

“Trend sebegini menggambarkan kedudukan enakmen-enakmen negeri yang membabitkan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan jenayah Syariah semakin tercabar, yang sekali gus menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri untuk membicarakannya,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah demikian pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Majlis berkenaan.

Justeru, baginda berpandangan penyelesaian hanya boleh dibuat melalui tindakan legislatif dengan membuat pindaan tertentu kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi membolehkan kuasa yang lebih luas diberikan kepada DUN di dalam menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam.

“Dengan mengambil pertimbangan keadaan yang sedang kita hadapi ini, Beta berpandangan, adalah perlu satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang persoalan undang-undang yang berbangkit berikutan dari keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” titah Sultan Selangor.

Titah baginda, Jawatankuasa Khas itu perlu mengemukakan cadangan pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan termasuklah peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya satu penyelesaian menyeluruh terhadap isu-isu itu dapat dibuat.

“Jawatankuasa Khas ini hendaklah dianggotai oleh pakar undang-undang Perlembagaan, undang-undang sivil dan Syariah serta ahli-ahli akademik, dan tidak ketinggalan pengamal undang-undang yang mempunyai kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang luas dalam kedua-dua bidang undang-undang sivil dan Syariah,” titah baginda.

Susulan itu, Sultan Sharafuddin berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang turut hadir pada mesyuarat itu, dapat mengambil langkah-langkah segera bagi pembentukan Jawatankuasa Khas berkenaan dan mengemukakan syor kepada MKI, seterusnya Majlis Raja-Raja ke arah penyelesaian kepada permasalahan berkenaan.

Sementara itu, Sultan Selangor memaklumkan Mesyuarat MKI pada sidang kali ini akan membincangkan satu kertas dasar berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan menggariskan panduan yang lengkap dan komprehensif.

“Segala keputusan yang dicapai oleh MKI berkaitan isu kalimah Allah ini nanti akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuaratnya yang akan datang, dan dengan itu satu dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dimuktamadkan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah pada 7 Jun lalu, dalam pertemuan dan perbincangan baginda bersama Perdana Menteri, baginda selaku Pengerusi MKI telah menyuarakan pandangan baginda kepada Perdana Menteri, bahawa isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat MKI.

“Pandangan Beta ini juga telah dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Hal ini selaras dengan fungsi MKI yang bertanggungjawab menasihati Raja-Raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus hal ehwal Islam,” titah baginda..

Sultan Selangor bertitah baginda juga berpandangan, memandangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini adalah isu yang sensitif dalam kalangan penganut agama Islam di Malaysia serta membabitkan penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian orang Kristian di negeri Sabah dan Sarawak ini, maka ia perlu dikaji dan diteliti dengan mendalam dan dimuktamadkan segera dengan penuh hikmah dan tanggungjawab.

– BERNAMA

Dalil-dalil Bahawa Allah Taala Wujud Tanpa Bertempat

Berikut saya senaraikan Dalil-dalil Bahawa Allah Ta`ala Wujud Tanpa Bertempat:

Al Quran

 

  1. Allah ta`ala berfirman:

     يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِ ۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ

    Maksudnya: “(Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”.

    (Surah al-Faathir : 15)

  2.  Firman Allah ta`ala:Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian (alam) makhluk (`Arasy, Kursi, langit, tempat dan lain-lain)”.

    وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفْسِهِۦٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَـٰلَمِينَ

    (Surah Al-Ankabut : 6)

    Apabila kita mengatakan bahawa Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya, nescaya lemahlah Allah ta`ala. Apabila lemah, maka Dzat tersebut tidak layak untuk dijadikan Tuhan. Ini adalah kerana, lemah itu sifat makhluk. Setiap yang lemah pasti ada (berhajat kepada) yang memperkuatkannya. Maka, mustahil Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya.

 

AL HADIS

 

  1. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

    كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

    Maksudnya: “Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selain-Nya masih belum wujud”.
    [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud]

    Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani (W. 852 H) telah menghuraikan hadis di atas di dalam kitabnya Fath al-Bari dengan katanya[1]:
    وَالْمُرَادُ بِكَانَ فِي الأَوَّلِ الأَزَلِيَّةُ وَفِي الثَّانِي الْحُدُوْثُ بَعْدَ الْعَدَمِ
    Maksudnya: “Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”.

    Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) juga mensyarahkan hadis tersebut di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al-Sifat dengan berkata:

    يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ لا الْمَاءَ وَلا الْعَرْشَ وَلا غَيْرَهُمَا وَكُلُّ ذَلِكَ أَغْيَارٌ.

    Maksudnya: “(Hadis ini) Menunjukkan bahawa Allah ta`ala sudah wujud walaupun selain-Nya belum ada, air tidak ada, ‘Arasy tidak ada dan selain kedua-dua benda itu dan semua itu adalah bukan Allah ta’ala.”

    Justeru, Allah taala telah wujud sejak dari azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada sesuatu pun sama ada air, udara, bumi, langit, `Arasy, Kursi, manusia, jin, malaikat, tempat dan lain-lain daripada makhluk yang menyerupai-Nya. Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tidak bertempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan `Arasy serta Dia tidak berhajat sama sekali kepada ciptaan-Nya.

  2. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda

    اللَّهُمَّ أَنتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٍ, وَأَنتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ, وَأَنتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ

    Maksudnya: “Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”

    [Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim]

    Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[2]:

    وَأَنَّهُ الظَّاهِرُ فَيَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالأَدِلَّةِ, الْبَاطِنُ فَلايَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْكَوْنِ فِي مَكَانٍ. وَاسْتَدَلَّ بَعْضُ أَصْحَابنِاَ نَفْيُ الْمَكَانِ عَنِ اللهِ تَعَالَى بِقَوْلِ النَّبِيِّ: ((أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ)) وَإِذَا لَمْ يَكُنْ فَوْقَهُ شَيْءٌ وَلا دُوْنَهُ شَيْءٌ لَمْ يَكُنْ فِي مَكَانٍ

    Maksudnya: “Allah ta`ala itu Maha Zahir kerana (kewujudan-Nya) boleh didapati dengan bukti-bukti (daripada kekuasaan-Nya melalui alam ini) dan Maha Batin kerana tidak boleh didapati (kewujudan-Nya) secara bertempat. Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)) iaitu Engkaulah (Allah) yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah yang Batin dan tidak ada sesuatupun dibawah-Mu). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiada sesuatupun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun”.

SAHABAT

 

  1. Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-Rashid Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[3]:

    كَانَ – أَيْ الله – وَلا مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ

    Maksudnya: “Allah wujud sejak azali, dan sedangkan pada ketika itu suatu tempat pun tidak ada dan Dia sekarang dengan keadaan yang Dia telah ada (wujud-Nya azali dan abadi tanpa bertempat)”.

  2. Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di dalam kitabnya Hilyah al-Auliya’, beliau berkata : Diceritakan pada kami oleh Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Al-Haris, diceritakan pada kami oleh Al-Fadhl Al-Hibab Al-Jamhiy, diceritakan pada kami oleh Musaddad, diceritakan pada kami oleh Abdul Waris bin Sa`d, diceritakan pada kami oleh Muhammad bin Ishaq dari Nu`man bin Sa`d, beliau berkata : Ketika saya di Kuffah berada dalam Darul Imaroh rumah Sayyidina Ali bin Abi Tholib, tiba-tiba Nauf bin Abdillah datang kepada kami lalu berkata “Wahai Amirul Mu’minin ! di pintu ada empat puluh lelaki Yahudi” Kemudian Sayyidina Ali radhiyallahu`anhu menjawab “Serahkan mereka kepadaku”, setelah mereka sampai di depan Sayyidina Ali radhiyallahu`anhu mereka berkata : “Wahai Ali! Sifatkan kepada kami tentang tuhanmu yang berada di langit, bagaimana Dia ?, bagaimana ada-Nya ? bila Dia wujud ? dan Dia berada di atas apa ?”[4]. Kemudian Sayyidina Ali pun duduk dan berkata : “Wahai orang Yahudi dengarlah dariku dan jangan hiraukan untuk tidak bertanya kepada selainku[5], sesungguhnya Tuhanku adalah yang awal, ada tanpa permulaan, tidak ada dalam sesuatu, tidak seperti yang dibayangkan oleh prasangka, bukan jisim, tidak diliputi oleh tempat dan tidak ada setelah yang tidak ada.” Kemudian beliau berkata[6]:

    مَنْ زَعَمَ أَنَّ إِلَهَنَا مَحْدُوْدٌ فَقَدْ جَهِلَ الْخَالِقَ الْمَعْبُوْدَ

    Maksudnya: “Barangsiapa beranggapan (berkeyakinan) bahawa Tuhan kita terhad (boleh ditentukan saiz bagi Zat-Nya) maka ia tidak mengetahui Tuhan yang wajib disembah (belum beriman kepada-Nya)”.

    Menurut ulama` Tauhid dan ahli bahasa bahawa yang dimaksudkan dengan perkara yang terhad adalah sesuatu yang mempunyai bentuk, seperti `Arasy dan zarrah, kedua-duanya adalah terhad. Oleh itu yang dimaksudkan dengan kenyataan Saiyyidina Ali radhiyallahu`anhu bahawa Allah tidak mempunyai bentuk adalah Allah wujud tanpa bertempat. Manakala duduk adalah sifat yang mempunyai had, sedangkan Allah ta`ala bukanlah jisim yang besar dan yang kecil dan Allah juga tidak disifati dengan sifat-sifat jisim seperti bentuk, ukuran, warna, panas, dingin, duduk atau bersemayam, bergerak, diam dan berubah. Maksud perkataan Saiyidina `Ali tersebut adalah sesungguhnya berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim atau berkeyakinan Allah mempunyai bentuk, yang demikian itu adalah merupakan kekufuran.

  3. Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wal-Khalifa al-Rashid Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[7]:

    إِنَّ الَّذِي أَيَّنَ الأَيْنَ لايُقَالُ لَهُ أَيْنَ وَإِنَّ الَّذِي كَيَّفَ الْكَيْفَ لايُقَالُ لَهُ كَيْفَ

    Maksudnya: “Sesungguhnya yang menciptakan (aina) tempat tidak boleh ditakatakan bagi-Nya dimana (pertanyaan tentang tempat), dan yang menciptakan (kaifa) bagaimana, tidak boleh dikatakan bagi-Nya bagaimana”.

  4. Al -Imam Abu Bakar al-Siddiq radiyallahu`anhu berkata[8]:

    الْعَجْزُ عَنْ دَرَكِ الإِدْرَاكِ إِدْرَاكٌ وَالْبَحْثُ عَنْ ذَاتِهِ كُفْرٌ وَإِشْرَاكُ

    Maksudnya: “Pengakuan bahawa pemahaman seseorang tidak mampu (lemah) untuk sampai megetahui hakikat Allah adalah keimanan, adapun mencari tahu tentang Allah, yakni membayangkan-Nya adalah kekufuran”.

    Maksudnya ialah kita beriman bahawa Allah ta`ala tidak seperti makhluk-Nya, tanpa memikirkan tentang hakikat Dzat-Nya. Adapun berfikir tentang makhluk-Nya adalah perkara yang dianjurkan kerana segala sesuatu yang wujud di dalam alam ini adalah merupakan tanda wujudnya Allah.

AQIDAH KETURUNAN RASULULLAH

 

  1. Al-Imam Ahmad al-Rifa`i berkata[9]:

    غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللهِ الإِيْقَانُ بِوُجُوْدِهِ تَعَالَى بِلا كَيْفٍ وَلامَكَانٍ

    Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma`rifatullah (kemuncak dalam mengenal Allah ta`ala) adalah dengan menyakini bahawa Allah ta`ala wujud tanpa bentuk dan tanpa tempat”.

  2. Al-Imam al-Sajjad Zainal `Abidin `Ali ibn al Husain ibn `Ali ibn Abi Thalib (38 H- 94 H) berkata[10]:

    أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لا يَحْوِيْكَ مَكَانٌ” وَقَالَ: أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لا تُحَدُّ فَتَكُوْنَ مَحْدُوْدًا وَقَالَ: سُبْحَانَكَ لاتُحَسُّ وَلا تُجَسُّ وَلاتُمَسُّ “

    Maksudnya: “Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat”, dan dia berkata lagi:”Engkaulah Allah yang Maha Suci dari had (benda bentuk dan ukuran)”, beliau berkata lagi :”Maha Suci Engkau yang tidak boleh diraba mahupun disentuh”,(Allah tidak menyentuh sesuatupun daripada makhlukNya dan Ia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhlukNya kerana Allah bukan jisim. Allah Maha Suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan berlaku jarak antara Allah dan makhlukNya kerana Allah bukan jisim dan ada tanpa arah).”

  3. Al-Imam Ja`far al-Sadiq radiyallahu`anhu (W. 148 H) berkata[11]:

    مَنْ زَعَمَ أَنَّ اللهَ فِي شَيْءٍ أَوْ مِنْ شَيْءٍ أَوْ عَلَى شَيْءٍ فَقَدْ أَشْرَكَ إِذَ لَوْ كَانَ عَلَى شَيْءٍ لَكَانَ مَحْمُوْلاً وَلَوْ كَانَ فِي شَيْءٍ لَكَان مَحْصُوْرًا وَلَوْ كَانَ مِنْ شَيْءٍ لَكَانَ مُحْدَثًا – أَيْ مَخْلُوْقًا

    Maksudnya: “Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada di atas sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika kewujudan-Nya daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk (yang diciptakan)”.

MAZHAB HANAFI

 

  1. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) berkata di dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[12]:

    كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ الْخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَىْ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَلا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ

    Maksudnya: “Allah ta`ala itu wujud (pada azali tanpa permulaan) tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan makhluk. Dan Allah ta`ala itu wujud (pada azali) tanpa di mana tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun dan Dia pencipta segala sesuatu”.

  2. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) telah berkata di dalam kitabnya Al-Wasiyyah[13]:

    وَلِقَاءُ اللهِ تَعَالَى لأَهْلِ الْجَنَّةِ بِلا كَيْفَ وَلاتَشْبِيْهَ وَلاجِهَةَ حَقٌّ

    Maksudnya: “Pertemuan dengan Allah Ta`ala bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar”.

  3. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radhiyallahu`anhu (W. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:

    فَلَوْ كَانَ مُحْتَاجًا إِلَى الْجُلُوْسِ وَالْقَرَارِ فَقَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ أَيْنَ كَانَ اللهُ؟ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا

    Maksudnya: “Seandainya Allah berhajat kepada duduk dan bertempat, lalu di manakah Allah sebelum diciptakan `Arasy? Maha Suci Allah daripada duduk dan bertempat dengan kesucian yang agung.”

MAZHAB MALIKI

 

  1. Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al–Sifat[14]:

    يَا أَبَا عَبْد ِاللهِ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَيْفَ اسْتِوَاؤُهُ؟ قَالَ: فَاطُرَقَ مَالِكٌ وَ أَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ, وَلا يُقَالُ كَيْفَ وَ كَيْفَ عَنْهَ مَرْفُوْعٌ وَ أَنْتَ رَجُلٌ سُوْءٌ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخَرَجُوْهُ. قَالَ فَأَخْرُجَ الرَّجُلَ

    Maksudnya: “Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa”, bagaiman Dia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudia beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawa-Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi”

    Kata-kata al-Imam Malik ini perlu difahami dengan betul. Ada pihak yang tersilap faham maksud daripada kata-kata al-Imam Malik ini lalu mendakwa bahawa al-Imam Malik mengatakan Allah duduk atau bersemayam di atas `Arasy. Marilah kita melihat tafsiran para ulama’ mengenai kata-kata al-Imam Malik ini.

    Maksud kata-kata al-Imam Malik tersebut bahawa Allah Maha Suci dari semua sifat jisim, seperti duduk atau bersemayam di atas `Arasy, berada suatu tempat, berada di mana-mana tempat, berjihah, berbentuk, berjuzuk dan sebagainya kerana itu semua adalah sifat makhluk.

    Kata-kata al-Imam Malik ini perlu difahami dengan betul dan berhati-hati kerana ada sebahagian golongan yang tersilap dalam memahami maksud daripada kata-kata Imam Malik ini lalu mendakwa bahawa al-Imam Malik, mengatakan Allah ta`ala itu duduk atau bersemayam di atas `Arasy. Na`uzubillah…

    Golongan Wahhabi iaitu pengikut Ibn Taimiyah al-Mujassimah mengubah perkataan al-Imam Malik dan berhujah dengan golongan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dengan menggunakan kata-kata al-Imam Malik untuk mengatakan Allah duduk di atas `Arasy. Sedangkan dalam kata-kata al-Imam Malik tidak ada pun mengatakan Allah jalasa (duduk) dan riwayat yang mengatakan “Wa al-Kaif Majhul” adalah tidak benar dan al-Imam Malik tidak pernah mengatakannya. Berhati-hatilah dengan golongan Wahhabi kerana mereka mengubah kata-kata ulama` untuk menyebarkan fahaman kufur mereka. Wal`iyyal zubillah….

    Kata-kata al-Imam Malik : “al-Rahman beristawa di atas `Arasy sepertimana Dia sifatkan Dzat-Nya” : Disini al-Imam Malik tidak menentukan (ta`yin) makana yang tertentu bagi kalimah istawa sebaliknya menyerahkan makna yang tertentu bagi kalimah istawa sebaliknya menyerahkan makna tersebut kepada Allah ta`ala dengan beri`tiqad bahawa Allah tidak menyerupai sesuatupun daripada makhluk-Nya. Dalam erti kata lain, apa yang dilakukan oleh al-Imam Malik ini dinamakan tafwidh (menyerahkan).

    Dan maksud kata-kata al-Imam Malik “tidak ditanya bagaimana (kaif) istawa-Nya dan bagaiamana (kaif) diangkat daripada-Nya” : Bahawa istawa Allah ta`ala itu tanpa mempunyai keadaan atau bentuk tertentu kerana yang mempunyai rupa dan bentuk tertentu adalah makhluk. Ini juga membuktikan bahawa al-Imam Malik tidak maksudkan dengan kata-katanya “al-Rahman beristawa di atas `Arasy” itu bahawa Allah ta`ala itu duduk di atas `Arasy kerana duduk itu mempunyai rupa dan bentuk tertentu.

    Al-Imam Malik tidak mengambil zahir sepertimana yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa mereka sebagai Salafiyyah yang tokoh utamanya ialah Ibn Taimiyah al-Mujassimah. Di sisi Ibn Taimiyah dan para pengikutnya mengambil makna istawa ialah dduduk kerana mereka mengambil makna ayat tersebut secara zahir.

    Kemudian mereka juga mengatakan bahawa istawa Allah itu mempunyai bentuk dan keadaan tertentu tetapi bagaimana tidak diketahui. Sedangkan golongan salaf sebenar mengatakan bahawa Allah ta`ala itu tidak boleh di bagaiman atau dibentukkan dengan bentuk-bentuk tertentu. Inilah membezakan Ibnu Taimiyah al-Mujassimah dengan golongan salaf yang sebenar.

    Dan dapat dilihat bahawa al-Imam Malik mengingkari pertanyaan lelaki tersebut tentang bagaimana (kaif) istawa Allah itu kerana pertanyaannya menampakkan seolahnya Allah itu istawa dengan bentuk tertentu. Seolahnya lelaki itu berkata “bagaimana bentuk” istawa Allah itu?. Dan suatu yang dapat “dibagaimanakan” maka bermakna ia suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran dan suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran dan suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran maka ia boleh dikadarkan dalam bentuk tertentu dan suatu yang dapat dikadarkan dalam bentuk tertentu maka menunjukkan ianya adalah makhluk.

    Pendapat Ibnu Taimiyah yang mengatakan bahawa Allah itu duduk tetapi kita tidak tahu bagaimana duduk-Nya membuktikan bahawa Ibnu Taimiyah tidak menafikan bahawa Allah itu mempunyai bentuk tertentu tetapi kita tidak mengetahuinya. Sedangkan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang sebenar menafikan bahawa Allah mempunyai bentuk tertentu kerana suatu yang mempunyai bentuk sudah pasti ianya makhluk.

  2. Terdapat satu riwayat tentang kenyataan al-Imam Malik yang berbunyi:

    وَ الْكَيْفُ غَيْرُ الْمَعْقُوْلِ وَالإِيْمَانُ بِهِ وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ

    Maksudnya: “(Istawa’ itu disebut di dalam al-Quran) Dan kaifiyyatnya tidak ada sama sekali (tidak masuk akal), beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakannya adalah bid`ah”.

  3. Al-Imam al-Qarafi mensyarahkan maksud perkataan al-Imam Malik yang menyebut : “al-Kaif tidak masuk akal” berkata[15]:

    وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ” مَعْنَاهُ أَنَّ ذَاتَ اللهِ لاتُوْصَفُ بِمَا وَضَعَتْ لَهُ الْعَرَبُ لَفْظَ كَيْفَ, وَهُوَ الأَحْوَالُ الْمُتَنَقِّلَةُ وَالْهَيْئَاتُ الْجِسْمِيَّةُ…فَلا يُعْقَلُ ذَلِكَ فِيْ حَقِّهِ لاِسْتِحَالَتِهِ فِيْ جِهَةِ الرُّبُوْبِيَّةِ

    Maksudnya: “Al-Kaif tidak masuk akal” maknanya, zat Allah tidak disifati dengan apa yang diletakkan oleh kaedah bahasa Arab dengan lafaz Kaif iaitu (maksud sifat kaif) suatu keadaan-keadaan yang berpindah-pindah (terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat) kejisiman…Maka tidak masuk akal (mustahil) ianya (Kaif) dinisbahkan kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat makhluk) mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah ta`ala)” .

    Adapun perkataan yang dinisbahkan kepada al-Imam Malik yang berkata: “Kaif Majhul”, maka menurut sebahagian besar ulama`, ianya tidak jelas menunjukkan al-Imam Malik menetapkan kaifiyyat bagi Allah ta`ala di samping riwayat tersebut lemah dan tidak sahih jika dikaji dari sudut sanadnya berbanding riwayat yang menyebut: “Kaif ghair ma`qul” iaitu tanpa kaif.

    Maka disisi bahasanya, menetapkan kaifiyyat bagi Allah bererti menetapkan ukuran dan kadar batas bagi Allah ta`ala ini bukan pegangan salafus-soleh. Tiada dalam kalangan salaf yang pernah mendakwa Allah ta`ala mempunyai kadar dan kaifiyyat tetapi kita tidak mengetahuinya. Malah, mereka menafikan asal bagi kaifiyyat itu sendiri daripada dinisbahkan kepada Allah ta`ala berdasaarkan perkataan al-Imam al-Qarafi radiyallahu`anhu.

  4. Al-Zahabi turut meriwayatkan dengan berkata[16]:

    وَالْمَحْفُوْظُ عَنْ مَالِكٍ رَحِمَهُ اللهُ رِوَايَةُ الْوَلِيْدِ بْنِ مُسْلِمٍ أَنَّهُ سَأَلَهُ عَنْ أَحَادِيْثَ الصِّفَاتِ، فَقَالَ: أَمَرَهَا كَمَا جَائَتْ بِلا تَفْسِيْرٍ

    Maksudnya: “Diriwayatkan secara terpelihara (sanadnya) daripada Malik rahimahullah dengan riwayat al-Walid bin Muslim bahawasanya beliau bertanya kepadanya (Malik) tentang hadith-hadith sifat maka beliau berkata: “Laluinya sebagaimana ia tanpa tafsir” .

  5. Al-Imam al-Qadhi `Iyadh meriwayatkan pendirian al-Imam Malik radhiyallahu`anhu dengan berkata[17]:

    رَحِمَ اللهُ الإِمَامَ مَالِكًا فَلَقَدْ كَرَهَ التَّحْدِيْثَ بِمِثْلِ هَذِهِ الأَحَادِيْثِ الْمُوْهَمَةِ لِلتَّشْبِيْهِ وَالْمُشْكِلَةِ الْمَعْنَىْ

    Maksudnya: “Semoga Allah merahmati Imam Malik radiyallahu`anhu. Beliau sangat membenci berbicara tentang hadith-hadith yang membawa kesamaran tasybih dan kekeliruan maknanya.”

    Jelaslah menurut al-Imam al-Qadhi `Iyad bahawasanya, ada hadith-hadith yang membawa waham tasybih dan maknanya sukar difahami. Apa sebabnya? Ini kerana, berdasarkan makna lafaz-lafaz tersebut dari sudut bahasa, ianya membawa makna kejisiman yang tidak layak bagi Allah ta`ala. Kalau lafaz-lafaz tersebut perlu difahami dengan makna zahir, maka tidak timbul kekeliruan dan tidak timbul juga prasangka bahawasanya ianya tasybih. Timbul prasangka begitu kerana makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat tersebut tidak layak bagi Allah ta`ala.

  6. Al-Imam al-Alusi (W 1270 H) di dalam kitab tafsirnya yang berjudul Ruh al-Maani dengan menyatakan[18]:

    لَيْسَ نَصًّا فِيْ هَذَا الْمَذْهَبِ لاِحْتِمَالِ أَنْ يَكُوْنَ الْمُرَادُ مِنْ قَوْلِهِ: غَيْرُ مَجْهُوْلٍ أَنَّهُ ثَابِتٌ مَعْلُوْمُ الثُّبُوْتِ لا لأَنَّ مَعْنَاهُ هُوَ الاِسْتِقْرَارُ غَيْرَ مَجْهُوْلٍ. وَ مِنْ قَوْلِهِ: وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ إِنَّ كُلَّ مَا هُوَ مِنْ صِفَةِ اللهِ تَعَالَى لا يَدْرِكُ الْعَقْلُ لَهُ كَيْفِيَّةً لِتَعَالِيْهِ عَنْ ذَلِكَ

    Maksudnya: “Ianya bukan merupakan satu nas bagi mazhab[19], ini kerana kemungkinan yang dimaksudkan dengan kata-katanya’dimaklumi’ itu ialah bahawa makna istawa itu sahih dan diketahui sahih kewujudannya dalam bahasa Arab, bukanlah maksud beliau bahawa sifat ‘menetap’ (istiqrar) itu yang diketahui. Dan kata-kata beliau bahawa kaif itu tidak dapat di bayangkan oleh akal ialah setiap sifat Allah ta`ala itu tidak dapat dicapai oleh akal kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai kaif” .

  7. Al-Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari (W 1371 H) mengatakan[20]:

    إِنَّ الاِسْتِوَاءَ مَعْلُوْمٌ يَعْنِيْ مُوْرَدُهُ فِي اللُّغَةِ, وَالْكَيْفِيَّةَ الَّتِيْ أَرَادَهَا اللهُ, مِمَّا يَجُوْزُ عَلَيْهِ مِنْ مَعَانِي الاِسْتِوَاءِ مَجْهُوْلَةٌ فَمَنْ يُقَدِّرُ أَنْ يُعِيْنُهَا؟ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ لأَنَّ الاِشْتِغَالَ بِهِ قَدْ يُثِيْرُ طَلَبَ الْمُتَشَابِهِ بِهِ إِبْتَغَاءَ الْفِتْنَةِ. فَتَحْصُلُ لَكَ مِنْ كَلامِ اِمَامِ الْمُسْلِمِيْنَ مَالِكَ أَنَّ الاِسْتِوَاءَ وَ أَنَّ مَا يَجُوْزُ عَلَى اللهِ غَيْرُ مُتَعَيِّنٍ وَ مَا يَسْتَحِيْلُ عَلَيْهِ هُوَ مُنَزَّهٌ عَنْهُ…وَقَدْ حَصَلَ لَكَ التَّوْحِيْدَ وَ الإِيْمَانَ بِنَفْيِ التَّشْبِيْهِ وَ الْمُحَالُ عَلَى اللهِ سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى فَلا يْلْزَمُكَ سِوَاهُ

    Maksudnya: “Sesungguhnya maksud istiwa’ itu diketahui ialah diketahui kewujudannya dalam bahasa Arab. dan kaifiyyat yang dikehendaki oleh Allah daripada makna-makna yang harus ke atas Allah ta`ala tidak diketahui, maka siapa yang mampu menentukannya? Dan soalan mengenainya adalah bid`ah kerana bekerja keras mencari maknanya akan membawa kepada mencari makna mutasyabih yang boleh membawa kepada fitnah. Maka daripada kata-kata al-Imam Malik ini Imam kaum muslimin ialah istiwa’ itu diketahui dan apa yang harus ke atas Allah tidak ditentukan dan apa yang mustahil ke atas Allah, Maha Suci Allah daripada perkara tersebut…dengan ini kamu telah memperolehi iman dengan menafikan tasybih dan menafikan apa yang mustahil ke atas Allah dan kamu tidak dituntut selain daripada itu” .

    Dengan penjelasan ini, maka adalah tidak benar sama sekali dakwaan golongan wahhabi yang mendakwa bahawa Allah duduk di atas `Arasy dengan berhujahkan kaya-kata al-Imam Malik tersebut.

    Dapat diperhatikan bahawa al-Imam Malik tidak menentukan (ta’yin) sebarang makna yang tertentu ke atas makna istiwa’ tersebut. Sebaliknya al-Imam Malik hanya mengatakan makna istiwa’ itu diketahui. Bukanlah maksud beliau makna istiwa’ itu diketahui ertinya Allah itu duduk di atas `Arasy, sebaliknya kalimah istiwa’ itu terdapat maknanya di dalam bahasa Arab dan maknanya difahami oleh orang-orang Arab.

    Jadi adalah satu yang menghairankan apabila golongan Wahhabi mendakwa bahawa Allah duduk di atas `Arasy hanya berdasarkan kata-kata al-Imam Malik yang tidak ada sama sekali menyebut bahawa al-Imam Malik mengatakan Allah itu duduk, sebaliknya beliau hanya mengatakan bahawa istiwa’ itu diketahui, itu sahaja!.

  8. Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani al-Maliki (W. 403 H) berkata di dalam kitabnya al-Insaf ketika membicarakan tentang perkara yang wajib diiktikadkan dan tidak boleh jahil tentangnya[21]:

    وَلا نَقُوْلُ إِنَّ الْعَرْشَ لَهُ – أَي لله – قَرَارٌ وَلا مَكَانٌ، لأَنَّ اللهَ تَعَالَى كَانَ وَلا مَكَان فَلَمَّا خَلَقَ الْمَكَاَنَ لَمْ يَتَغَيَّرْ عَمَّا كَانَ

    Maksudnya: “Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi-Nya, kerana Allah taala telah wujud (sejak azali) tanpa bertempat. Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia tidak berubah dari apa yang telah Dia ada (kewujudan-Nya tetap tidak bertempat)”.

MAZHAB SYAFI`E

 

  1. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H) telah berkata[22]:

    إِنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلا مَكَان فَخَلَق َالْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لا يَجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغْيِيْرُ فِي ذَاتِهِ وَلا التَّبْدِيْل ُفِي صِفَاتِهِ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Dia ta`ala wujud (sejak azali) tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia tetap di atas sifat keazalian-Nya sebagaimana Dia wujud (sejak azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku perubahan ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga berlaku penukaran pada sifat-Nya”.

  2. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H) berkata[23]:

    مَنْ انْتَهَضَ لِمَعْرِفَةِ مُدَبِّرِهِ فَانْتَهَى إِلَى مَوْجُوْدٍ يَنْتَهِيْ إِلَيْهِ فِكْرُهُ فَهُوَ مُشَبِّهٌ وَإِنْ اطْمَأَنَّ إِلَى الْعَدَمِ الصَّرْفِ فَهُوَمُعَطِّلٌ وَإِن اطْمَأَنَّ إِلَى مَوْجُوْدٍ وَاعْتَرَفَ بِالْعَجْزِ عَنْ إِدْرَاكِهِ فَهُوَ مُوَحِّدٌ

    Maksudnya: “Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui pentadbirnya (Allah) hingga menyakini bahawa yang ia bayangkan dalam benaknya adalah Allah, maka dia adalah Musyabbihah (orang yang meneyrupakan Allah dengan makhluk-Nya), kafir. Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa Tuhan (Tuhan yang mentadbirnya) maka dia adalah mu`aththil (orang yang meniadakan Tuhan/ atheis). Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada pencipta yang menciptakannya dan tidak menyerupainya serta mengakui bahawa dia tidak akan dapat membayangkan-Nya maka dia adalah muwahhid (orang yang mentauhidkan Allah)”.

  3. Telah berkata al-Syeikh Muhammad al-Fudhali di dalam kitabnya Kifayah al-`Awwam:

    وَالرَّابِعَةُ الْمُمَاثَلَةُ ضِدُّ الْمُخَالَفَةِ فَسْتَحِيْلُ عَلَيْهِ تَعَالَى أَنْ يُمَاثِلَ الْحَوَادِثَ فِيْ شَيْءٍ مِمَّا التَّصَفُوْا بِهِ فَلا يَمُرُّ عَلَيْهِ تَعَالَى زَمَانٌ وَلَيْسَ لَهُ مَكَانٌ وَلَيْسَ لَهُ حَرَكَةٌ وَلا سُكُوْنٌ وَلا يَتَّصِفُ بِالأَلْوَانِ وَلا بِجِهَةٍ

    Maksudnya: “Dan keempat adalah mumathalah (menyamai) lawan daripada mukhalafah (tida menyamai) maka mustahil atas Allah ta`ala menyamai segala yang baharu pada sesuatu daripada apa-apa yang mereka bersifat dengannya, maka masa/zaman tidaklah berlalu atas Allah ta`ala dan tidak ada bagi-Nya tempat, tidak ada bagi-Nya pergerakan, tidak ada bagi-Nya diam dan Dia tidak bersifat dengan berwarna serta tidak pula (bersifat) dengan arah (pihak yang enam)”.

MAZHAB HANBALI

 

  1. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata [24]:

    وَأَنْكَرَ عَلَى مَنْ يَقُوْلُ بِالْجِسْمِ وَقَالَ إِنَّ الأَسْمَاءَ مَأْخُوْذَةٌ بِالشَّرِيْعَةِ وَاللُّغَةِ. وَأَهْلُ اللُّغَةُ وَضَعُوْا هَذَا الاِسْمَ عَلَى كُلِّ ذِيْ طَوْلٍ وَعَرْضٍ وَسَمْكٍ وَتَرْكِيْبٍ وَصُوْرَةٍ وَتَأْلِيْفٍ وَاللهُ تَعَالَى خَارِجٌ عَنْ ذَلِكَ كُلِّهِ فَلَمْ يَجُزْ أَنْ يُسَمَّى جِسْمًا لِخُرُوْجِهِ عَنْ مَعْنَى الْجِسْمِيَّةِ وَلَمْ يَجِئْ فِي الشَّرِيْعَةِ ذَلِكَ فَبَطَلَ

    Maksudnya: “Beliau (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman. Beliau (Imam Ahmad) berkata: Sesungguhnya, nama-nama itu diambil daripada syariat dan bahasa. Adapun ahli bahasa (Arab) meletakkan nama tersebut -jisim- dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya, sedangkan Allah di luar daripada yang demikian (tidak mempunyai cantuman, anggota dan sebagainya) Maka, tidak boleh dinamai Allah sebagai Jisim kerana Allah di luar (terkeluar dari) makna kejisiman (tidak beranggota, tiada ukuran, tiada bentuk dan sebagainya) dan syariat tidak pernah menyebut tentang perkara tersebut (penyamaan Dzat Allah dengan jisim) maka batallah (fahaman Tajsim atau Allah berjisim)”.

  2. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata[25]:

    وَأَمَّا الإِمَامُ الْجَلِيْلُ أَبُوْ عَبْدُ اللهِ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ الشَيْبَانِي فَقَدْ ذَكَرَ الشَّيْخُ ابن حَجَرِ الْهَيْثَمِيْ أَنَّهُ كَانَ مِن الْمُنَزٍّ هِيْنَ اللهَ تَعَالَى عَنِ الْجِهَةِ وَالْجِسْمِيَّةِ, ثُمَّ قَالَ ابْنُ حَجَرٍ مَا نَصَّهُ: وَمَا اشْتَهَرَ بَيْنَ جَهَلَةِ الْمَنْسُوْبِيْنَ إِلَى هَذَا الإِمَامِ الأَعْظَمِ مِنْ أَنَّهُ قَائِلٌ بِشَيْءٍ مِنَ الْجِهَةِ أَوْ نَحْوِهَا فَكِذْبٌ وَبُهْتَانٌ وَافْتِرَاءٌ عَلَيْهِ

    Maksudnya: “Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani bahawasanya beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau”.

  3. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata[26]:

    كَانَ يَقُوْلُ- أَيْ الإِمَامُ أَحْمَدُ- فِيْ مَعْنَى الاِسْتِوَاءِ هُوَ العَلُوُّ وَالاِرْتِفَاعُ وَلَمْ يَزَلِ اللهُ عَالِيًا رَفِيْعًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ عَرْشَهُ فَهُوَ فَوْقَ كُلِّ شَيْءٍ وَالْعَالِيْ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ…عَلا وَلا يَجُوْزُ أَنْ يُقَالَ اسْتَوَى بِمُمَاسَةٍ وَلا بِمُلاقَاةٍ تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ عُلُوًّا كَبِيْرًا وَاللهُ تَعَالَى لَمْ يَلْحِقْهُ تَغْيِيْرٌ وَلا تَبْدِيْلٌ وَلا تَلْحَقُهُ الْحُدُوْدُ قَبْلَ خَلْقِ الْعَرْشِ وَلا بَعْدَ خَلْقِ الْعَرْشِ

    Maksudnya: “Telah berkata –iaitu al-Imam Ahmad- pada menjelaskan tentang makna istawa iaitu ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah ta`ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjat-Nya) sebelum Dia menciptakan `Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-Nya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat Allah ta`ala menyentuh `Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah ta`ala daripadanya (bertempat) setinggi-tinggi-Nya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan `Arasy dan setelah kejadian (terciptanya) `Arasy tersebut”.

    فَقَدْ نَقَلَ أَبُو الفَضْلِ التَمِيْمِيْ رَئِيْسُ الْحَنَابِلَةِ

    Maka sesungguhnya Abu Fadhl al-Tamimi, penghulu ulama` Hanabilah

    Berdasarkan perkataan Imam Abu al-Fadhl al-Tamimi (ini, al-Imam Ahmad radiyallahu`anhu menafikan bagi Allah ta`ala sebarang makna-makna yang membawa kepada kelaziman-kelaziman jisim seperti berganggota, berukuran, mempunyai bentuk dan sebagainya.

    Imam Ahmad bukan sekadar menolak fahaman Tajsim, tetapi diriwayatkan juga bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang berfahaman tajsim.

  4. `Abd al-Wafa` `Ali Ibn `Aqil al-Baghdadi seorang Shayk al-Hanabilah pada zamannya (W. 513 H) seperti yang dinaqalkan daripadanya menerusi kitab al-Bazl al-Ashab[27]:

    تَعَالَى اللهُ أَنْ يَكُوْنَ لَهُ صِفَةٌ تَشْغَلُ الأَمْكِنَةَ، هَذَا عَيْنُ التَّجْسِيْمِ

    Maksudnya: “Allah Maha Suci dari mempunyai sifat mendiami tempat. Ini adalah diri pentajsiman”.

  5. Al-Hafiz `Abd al-Rahman ibn `Ali yang dikenali dengan nama Ibn al-Jawzi al-Hanbali (W. 597 H) berkata di dalam kitabnya Daf`u al-Syubahat al-Tasybih[28]:

    الْوَاجِبُ عَلَيْنَا أَنْ نَعْتَقِدَ أَنَّ ذَاتَ اللهِ تَعَالَى لا يَحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلا يُوْصَفُ بِالتَّغْيِيْرِ وَالاِنْتِقَال

    Maksudnya: “Wajib ke atas kita agar beriktikad bahawa zat Allah taala tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak disifatkan dengan sebarang perubahan dan perpindahan”.

AL IMAM ABU HASSAN AL-ASY`ARI

 

  1. Berkata al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[29] tentang Dzat Allah ta`ala:

    وَقَدْ عَلِمْنَا أَنَّهُ لَمْ يَنْقُلْ نَفْسَهُ مِنْ حَالٍ إِلَى حَالٍ

    Maksudnya: “Dan sesungguhnya kita telah mengetahui bahawasanya Allah tidak memindahkan diri-Nya daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain (Allah tidak mengambil tempat)”.

  2. Berkata al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[30] berkenaan Allah ta`ala:

    كَانَ اللهُ وَلا مَكَان فَخَلَقَ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَلَمْ يَحْتَجْ إِلَى مَكَانٍ. وَهُوَ بَعْدَ خَلْقِ الْمَكَانَ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ

    Maksudnya: “Allah telah wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada (pada ketika itu), kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak memerlukan kepada tempat. Dia wujud setelah menciptakan tempat sebagaimana Dia telah wujud sebelum menciptakan tempat (iaitu tidak bertempat)”.

    Berkata Al Imam Abu Hassan Al Asy`ari radiyallahu`anhu (W 324 H)[31]

    إِنَ اللهُ لا مَكَانَ لَهُ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Allah wujud tanpa bertempat”.

  3. Berkata Al-Imam Abu Hassan Al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H) berkenaan “Istawa”[32]:

    وَأَنَّ اللهَ تَعَالَى اسْتِوَى عَلَى الْعَرْشِ عَلَى الْوَجْهِ الَّذِيْ قَالَهُ, وَبِالْمَعْنَى أَرَادَهُ, الاِسْتِوَاءُ مُنَزَّهًا عَنِ الْمُمَاسَةِ, وَالاِسْتِقْرَارِ, وَالتمك, وَالْحُلُوْلِ, وَالاِنْتِقَالِ, لايَحْمِلُهُ الْعَرْشَ بَلِ الْعَرْشَ وَحَمَلَتْهُ مَحْمُوْلُوْنَ بِلُطْفِ قُدْرَتِهِ, وَمَقَهُوْرُوْنَ فِي قَبْضَتِهِ, وَهُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ وَفَوْقَ كُلَّ شَيْءٍ إِلَى تَخُوْمُ الثُّرَى, فَوْقِيَّةٌ لاتَزِيْدُهُ قُرْبًا إِلَى الْعَرْشِ وَالسَّمَاءِ, بَلْ هُوَ رَفِيْعُ الدَّرَجَاتِ عَنِ الْعَرْشِ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ta`ala “beristawa” di atas `Arasy mengikut apa yang difirman dan makna yang dimaksudkan-Nya. Istawa itu Maha suci daripada bersentuh, menetap, mengambil tempat, menjelma dan berpindah. Dia tidak menanggung `Arasy tetapi `Arasy dan penanggungnya (malaikat) itu ditanggung oleh kekuasaan-Nya, kesemuanya itu dikuasai di dalam genggaman-Nya” (kekuasaan-Nya). Sesungguhnya darjat-Nya lebih tinggi daripada `Arasy dan di atas setiap sesuatu kepada sempadan bintang surraya. Tinggi yang tidak lebih hampir kepada `Arasy dan langit, bahkan tinggi darjat-Nya daripada `Arasy” .

    Oleh itu jelaslah bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tidak berkeyakinan bahawa Allah ta`ala berada di suatu arah dan beliau juga mengatakan bahawa “Tidak boleh berkata Allah ta`la di satu tempat atau di semua tempat”. Perkataan Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari ini telah dinukilkan oleh al-Imam Ibnu Furak iaitu murid kepada al-Imam al-Bahili iaitu murid kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari (W. 406 H) di dalam kitabnya “Al-Mujarrad”

    Persoalan tentang kitab al-Ibanah yang disandarkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang mengatakan Allah bertempat adalah satu kenyataan yang dusta dan tidak ada asasnya, kerana kitab al-Ibanah yang sebenar mengatakan Allah ta`ala wujud tanpa memerlukan tempat sebagaimana yang dinyatakan di atas. Ini adalah satu bukti yang menunjukkan bahawa kitab al-Ibanah yang dicetak dan disebar sekarang dinisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah banyak dimasukkan sisipan-sisipan palsu, dusta dan penuh kebohongan, maka hendaklah dijauhi kitab tersebut.

IMAM ABU MANSUR AL MATURIDI

 

  1. Berkata al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi radiyallahu`anhu (W. 333 H)[33] di dalam kitabnya al-Tauhid:

    إِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ كَانَ وَلا مَكَانَ…فَهُوَ عَلَى مَا كَانَ, وَكَانَ عَلَى مَا عَلَيْهِ الآنَ, جَلَّ عَنِ التَّغَيُّرِ وَالزَّوَالِ وَالاِسْتِحَالَةِ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Subhanahu wata`ala wujud tanpa bertempat…Dia kini sama seperti wujud-Nya sebelum ini (tanpa bertempat), dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya (tiada bertempat). Maha suci Allah ta`ala daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan”.

RUJUKAN:

[1] Ibn al-Hajar al-`Asqalani(t.t), Fath al-Bari, Kaherah: Dar al-Rayyan, j. 6, hlm. 334.

[2] Al-Hafiz Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), al-Asma’ was-Sifat, Beirut: Dar Ihya’ al-Turats, h. 400.

[3] Abu Mansur Abd al-Qahir al-Baghdadi(t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Beirut: Dar al-Ma`rifah, h. 333.

[4] Orang Yahudi adalah mujassimah dan berkeyakinan bahawa Allah ada di atas langit dan duduk di atas `Arasy, ini adalah keyakinan kufur.

[5] Dengarlah dariku.

[6] Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim (W. 430 H), Hilyah al-Auliya`, j. 1, h. 72.

[7] Diriwayatkan oleh Abu Muzhoffar al-Asfaroyiini(1995), Al-Tabsir fi ad-Din, Cetakan Khanji Mesir, h. 144.

[8] Diriwayatkan oleh al-Imam Badr al-Din al-Zarkarsyi dan lain-lainnya.

[9] Al Imam Ahmad al-Rifa`i di dalam kitabnya Hal Ahl Al Haqiqah Ma`a Allah dan kitab Hikam al-Syeikh Ahmad al-Rifa`i al-Kabir, h. 35-36.

[10] Al-Imam al-Hafizh Muhammad Murtadha al-Zabidi al-Husaieny (t.t), Ittihaf al-Sadatil-Muttaqin fi Sayrh Ihya’ `Ulumiddin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 4, h. 380.

[11] Al-Imam Abu al-Qasim `Abd al-Karim al-Qushayri(t.t), al-Risalah al-Qushayriyyah, (t.tp): Dar al-Kitab al-`Arabi, h. 6.

[12] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat – h. 25 dan dikumpulkan juga di dalam Majmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq oleh al-Kawthari – , (t.p.), h. 6.

[13] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit(t.t), al-Wasiyyah, (t.tp): (t.p), h. 6.

[14] Al-Imam al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-`Arsy wa al-Kursi, Dar Al-Jail Beirut, hlm. 568 .

[15] Al-Imam al-Qarafi di dalam kitabnya Az-Zakhirah,13/242.

[16] Al-Zahabi, Syiar A`lam al-Nubala, j. 8. h. 105.

[17] Al-Imam al-Qadhi `Iyadh, al-Syifa’, j. 2. h. 542.

[18] Al-Imam al-Alusi, Ruh al-Maani, Dar Al-Fikr, j. 4, h. 136.

[19] Maksud beliau ialah mazhab orang yang mendakwa bahawa kata-kata al-Imam Malik tersebut bermaksud Allah itu bersemayam atau tempat-Nya di atas `Arasy.

[20] Al-Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari, Maqalat al-Kautahri (1998), Dar al-Salam, c. 1. h. 225.

[21] Al-Baqillani(t.t), al-Insaf fi Ma Yajib I`tiqaduhu, Beirut: `Alam al-Kutub, h. 65.

[22] Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, j. 2, h. 23.

[23] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-lain.

[24] Manaqib al-Imam Ahmad oleh al-Imam al-Baihaqi dan rujuk I`tiqad al-Imam al-Mubajjal Ibn Hanbal, h. 294-295.

[25] Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri(t.t), al-Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, h. 144.

[26] Abu al-Fadhl al-Tamimi(t.t), Risalah al-Tamimi, (t.tp): (t.p), j. 2, h. 265/290.

[27] Ibn al-Jawzi(t.t), al-Bazl al-Ashab al-Munqid `ala Mukhalif al-Madhhab, Beirut: Dar al-Jinan, h. 86. – lihat hadis ke 11-

[28] Ibn al-Jawzi(t.t), Daf` Shubuhut al-Tashbih, Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 58.

[29] Abu al-Hassan al-Asy`ari(1975), al-Luma` fi al-Radd `ala ahl al-Zaigh wa al-Bida`, Kaherah; al-Hai`ah al-`ammah li Syuun al-Matabi`, h. 18.

[30] Diriwayatkan oleh Ibn `Asakir al-Dimasyqi(571 H), Tabyin Kadhib al-Muftari fi-ma Nusib ila al-Imam Abi Hasan al-Asy`ari, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi, h. 150.

[31] Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi di dalam kitab, al-Asma’ Wa al-Sifat.

[32] Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari (1987), al-ibanah `an Usul al-Diyanah, Dr Fuqiyah Husain Mahmud (ed), Kaherah: Dar al-kutub li al-Nasyr wa al-Tawzi`, h. 21.

[33] Al Imam Abu Mansur Al Maturidi(t.t), al-Tauhid, (t.tp): (t.p). h. 69. Lihat Selengkapnya

الله موجود بلا مكان الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( اللَّهمَّ أنت الأول فليس قبلك شـىء وأنت الأخر فليس بعدك شـىء وأنت الظاهر فليس فوقك شـىء وأنت الباطن فليس دونك شـىء ). قالَ الـحَافِظُ البَيْهَقي في كت…ابِ ألأسْماءِ والصِّفاتِ: إِسْتَدَلَّ بَعْضُ أَصْحابِنا في نَفْي ِ الـمكانِ عَنِ الله بِقَولِ النَّبيِّ صلّى الله ع…ليه وسلَّم ( أنتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَـىءٌ ، وأنتَ الباطِنُ فَلَيسَ دونَكَ شَـىءٌ ). وإذا لَم يَكُن فَوقَهُ شَـىءٌ ولا دونَهُ شَـىءٌ لَم يَكُن في مكان. قالَ الإمام الـحافِظ مُحيي الدِّين بن شرَف النوويّ الشافعيّ رحمهُ الله:” إنَّ الله َ تعالى ليسَ كمثلهِ شـىء ، مُنَزَّهٌ عن التجسيم والانتقال والتحيُّز في جهةٍ وعن سائرِ صفات الـمخلوق ” . شرح صحيح مسلم ۳\۱۹ هذه عقيدتنا هذه عقيدة رسول الله صلى الله عليه وسلم وهذا ما جاء به القرءان يقول الله تعالى ” ليس كمثله شيء وهو السميع البصير” الذي ليس كمثله شيء لا يشبه مخلوقا إذ لو كانت صفات البشر جائزة عليه لبطلت هذه الآية ولقيل كذب الله وهذا محال بل ومن أصدق من الله قيلا الله وصف نفسه بأنه لا يشبه الأشياء فهو لا يشبه البشر ولا يشبه الجن ولا يشبه الملائكة ولا يشبه القمر ولا يشبه الشمس ولا النار ولا النور ليس كمثله شيء فليس الله حجما كثيفا يضبط باليد كالحجر والشجر وليس هو جسما لطيفا لا يضبط باليد كالروح والريح فهو ليس حجما بالمرة لا هو في جهة فوق ولا في جهة تحت ولا في جهة شمال ولا في جهة أمام ولا في جهة خلف هو موجود بلا مكان هذا ما لم يفهمه المشبهة قالوا الله موجود إذا هو في مكان وهذا باطل إذ إن ما يحتاج للمكان هو الحجم وأما ربنا الغني عن كل شيء فلا يحتاج للمكان ولا لغيره سبحانه وتعالى عما يقول المشبهة علوا كبيرا. ثم ليعلم أن من شبه الله بخلقه فوصفه بالجلوس أو القعود أو الكون في مكان فقد كذب الله تعالى في قوله ” ليس كمثله شيء ” ومن كذب الله فهو الكاذب الكافر قال تعالى ” ومن أظلم ممن افترى على الله كذبا أو كذب بآياته” ويلزمه أن يعتقد اعتقاد رسول الله ويترك تشبيه الله وينطق بالشهادتين فورا حتى يعود إلى دين الله تبارك وتعالى قال الامام أحمد بن حنبل رحمه الله : من قال ان الله جسم لا كالاجسام فقد كفر الوهابية ما فهموا هذه الاية الكريمة ليس كمثله شىء و قال شيخ الأزهر الشيخ الأستاذ سليم البشري: “من اعتقد أن الله جسم أو أنه مماس للسطح الأعلى من العرش وبه قال الكرامية واليهود وهؤلاء لا نزاع في كفرهم” ، نقله عنه الشيخ سلامة القضاعي العزامي في كتابه “فرقان القرءان قال الإمام المجتهد محمد بن إدريس الشافعي رضي الله عنه إمام المذهب الشافعي (204 ص) ما نصه : ” إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته ” اهـ. [إتحاف السادة المتقين (2/ 24 و قال الحافظ ابن حجر في فتح الباري جزء 13 ص 416 باب قول الله تعالى تعرج الملائكة والروح اليه وقوله تعالى اليه يصعد الكلم الطيب ……وقال بن بطال غرض البخاري في هذا الباب الرد على الجهمية المجسمة في تعلقها بهذه الظواهر وقد تقرر ان الله ليس بجسم فلا يحتاج الى مكان يستقر فيه فقد كان ولا مكان وانما أضاف المعارج اليه إضافة تشريف ومعنى الارتفاع اليه اعتلاؤه مع تنزيهه عن المكان انتهى وخلطه المجسمة بالجهمية من أعجب ما يسمع قالَ الإمامُ أبو جَعفَرٍ الطَّحاوِيُّ الـمولودُ سنةَ ۲۲۷ هـ الـمتوفَّى سنة ۳۲۲ هـ: تعالى ( يعني الله ) عنِ الـحُدودِ والغاياتِ والأركانِ والأعضاءِ والأدواتِ ، لا تَحويهِ الـجِهاتُ السِّتُّ كسائرِ الـمُبتَدَعاتِ ( أي الـمخلوقات ). الـمحدود عند علماء التوحيد ما له حجمٌ صغيراً كانَ أو كبيراً. الذرَّة مَحدودة والعرشُ مَحدود والظلام والنورُ والريح كلٌّ مَحدودٌ. الـحدود: الله تعالى ليس له حدٌ والـحَدُ معناه نِهاية الشـىء. الغايات: جمع غاية ، والغاية ما ينتَهي إليه الشـىء. الأركان: الـجوانب الأعضاء: جمع عضو وذلك من خصائص الأجسام الأدوات: الأجزاء الصغيرة كاللسان والأضراس. الطحاوي هو من علماء السلف، قال في أول رسالته: “هذا ذكر بيان عقيدة أهل السنة والجماعة أي أن هذه هي عقيدة السلف من الصحابة والتابعين وأتباع التابعين في تنزيه الله عن المكان والجهة والجسمية، وكلام الطحاوي في غاية الأهمية فهو من علماء الحديث ومن علماء الفقه وهو حنفيّ أبضا. وهذه العقيدة تدرس في أنحاء الأرض في المعاهد والجامعات الاسلامية قال الامام علي رضي الله عنه: “ان الله خلق العرش اظهارا لقدرته ولم يتخذه مكانا لذاته” رواه ابو منصور البغدادي في الازل لم يكن شيء مع الله. الله لا بداية لوجوده, كان الله ولم يكن شيء غيره , ما كان نور , ولا ظلام , ولا عرش , ولا سماء, ولا هواء و لا مكان و كان الله موجود و لم تكن هذه المخلوقات هذه الجهات الست ما كانت, ثم بعد أن خلق العرش والارض والسموات لم يحلّ فيها. الله تعالى موجود بلا مكان. قال اللهُ تعالى {ليس كمثله شىء . هذِهِ الآيةُ أصرح ءاية في كتابِ اللهِ تعالى في تنزيهِ اللهِ تعالى التنزيهَ الكليَّ عنْ مشابَهةِ المخلوقينَ، فما أوسع معناها، فيؤخذُ منها أنَّ اللهَ منزَّهٌ عنِ الحجمِ وعنْ أنْ يكونَ متحيّزًا في جهةٍ منَ الجهاتِ أو في كلّ الجهاتِ، فهو تعالى منزَّهٌ عنْ أنْ يكونَ فوقَ العرشِ، أو تحتَ العرشِ أو عنْ يمينِ العرشِ أو عنْ يسارِ العرشِ وهو تعالى منزَّهٌ عنْ صفاتِ الحجمِ كالحرَكةِ والسُّكونِ والتَّغيرِ والتَّحولِ منْ حالٍ إلى حالٍ ونحو ذلكَ. قالَ الإمامُ أبو حنيفةَ رضيَ اللهُ عنهُ :”أنَّى يشبِهُ الخالِقُ مخلوقَهُ”، أي يستحيلُ أنْ يشبِهَ الخالقُ مخلوقَهُ، فاللهُ تعالى لا يشبهُ خلقَهُ بوجهٍ منَ الوجوهِ. وقالَ الإمام مالكٌ رضيَ اللهُ عنهُ :”والكيف عنهُ مرفوع”، روى ذلك عنهُ الحافظُ البيهقيُّ بإسنادٍ جيّدٍ، ومعناهُ يستحيلُ على اللهِ الكيف بالمرَّةِ والكيفُ هو كل ما كانَ منْ صفاتِ المخلوقينَ كالجلوسِ والاستقرارِ والمحاذاة ونحو ذلكَ وممن نقل إجماع أهل الحق على تنزيه الله عن المكان الشيخ عبد القاهر بن طاهر التميمي البغدادي (429هـ)، فقد قال ما نصه: “وأجمعوا ـ أي أهل السنة والجماعة ـ على أنه ـ أي الله ـ لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان” اهـ. وقال الشيخ إمام الحرمين عبد الملك بن عبد الله الجُويني الشافعي (478هـ) ما نصه: “ومذهب أهل الحق قاطبة أن الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيّز والتخصص بالجهات” اهـ. وقال المفسّر الشيخ فخر الدين الرازي (606هـ) ما نصه: “إنعقد الإجماع على أنه سبحانه ليس معنا بالمكان والجهة والحيّز” اهـ. وقال الشيخ إسماعيل الشيباني الحنفي (629هـ) ما نصه: “قال أهل الحق: إن الله تعالى متعالٍ عن المكان، غيرُ متمكِّنٍ في مكان، ولا متحيز إلى جهة خلافًا للكرّامية والمجسمة” اهـ. وقال سيف الدين الآمدي (631هـ) ما نصه: “وما يُروى عن السلف من ألفاظ يوهم ظاهرها إثبات الجهة والمكان فهو محمول على هذا الذي ذكرنا من امتناعهم عن إجرائها على ظواهرها والإيمان بتنزيلها وتلاوة كل ءاية على ما ذكرنا عنهم، وبيَّن السلف الاختلاف في الألفاظ التي يطلقون فيها، كل ذلك اختلاف منهم في العبارة، مع اتفاقهم جميعًا في المعنى أنه تعالى ليس بمتمكن في مكان ولا متحيّز بجهة” اهـ. وللشيخ ابن جَهْبَل الحلبي الشافعي (733هـ) رسالة ألَّفَها في نفي الجهة ردَّ بها على المجسم الفيلسوف ابن تيمية الحرَّاني الذي سَفَّه عقيدة أهل السنة، وطعن بأكابر صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم كعمر وعليّ رضي الله عنهما. قال ابن جَهْبَل ما نصه: “وها نحن نذكر عقيدة أهل السنة، فنقول: عقيدتنا أن الله قديم أزليٌّ، لا يُشبِهُ شيئًا ولا يشبهه شىء، ليس له جهة ولا مكان” اهـ. نقل الشيخ تاج الدين السبكي الشافعي الأشعري (771هـ) عن الشيخ فخر الدين بن عساكر أنه قال: “إن الله تعالى موجود قبل الخلق ليس له قَبْلٌ ولا بَعْدٌ، ولا فوقٌ ولا تحتٌ، ولا يمينٌ ولا شمالٌ، ولا أمامٌ ولا خَلْفٌ”. ثم قال ابن السبكي بعد أن ذكر هذه العقيدة ما نصه: “هذا ءاخر العقيدة وليس فيها ما ينكره سُنّي” اهـ. ووافقه على ذلك الحافظ المحدّث صلاح الدين العلائي (761هـ) أحَد أكابر علماء الحديث فقال ما نصه: “وهذه “العقيدة المرشدة” جرى قائلها على المنهاج القويم، والعَقْد المستقيم، وأصاب فيما نزَّه به العليَّ العظيم” اهـ. قال الشيخ محمد مَيَّارة المالكي (1072هـ) ما نصه: “أجمع أهل الحق قاطبة على أن الله تعالى لا جهة له، فلا فوق ولا تحت ولا يمين ولا شمال ولا أمام ولا خلف”اهـ. وقال شيخ الجامع الأزهر سليم البِشْري (1335هـ) ما نصه: “مذهب الفرقة الناجية وما عليه أجمع السُّنّيون أن الله تعالى منزه عن مشابهة الحوادث مخالف لها في جميع سمات الحدوث ومن ذلك تنزهه عن الجهة والمكان” اهـ، ذكره القضاعي في “فرقان القرءان”. قال الشيخ يوسف الدجوي المصري (1365هـ) عضو هيئة كبار العلماء بالأزهر الشريف في مصر ما نصه :”واعلم أن السلف قائلون باستحالة العلو المكاني عليه تعالى، خلافًا لبعض الجهلة الذين يخبطون خبط عشواء في هذا المقام، فإن السلف والخلف متفقان على التنزيه” اهـ. وقال أيضًا: “هذا إجماع من السلف والخلف” اهـ. وقال الشيخ سلامة القضاعي العزامي الشافعي (1376هـ) ما نصه: “أجمع أهل الحق من علماء السلف والخلف على تنزه الحق ـ سبحانه ـ عن الجهة وتقدسه عن المكان” اهـ. وقال المحدث الشيخ محمد عربي التبان المالكي المدرس بمدرسة الفلاح وبالمسجد المكي (1390هـ) ما نصه: “اتفق العقلاء من أهل السنة الشافعية والحنفية والمالكية وفضلاء الحنابلة وغيرهم على أن الله تبارك وتعالى منزه عن الجهة والجسمية والحد والمكان ومشابهة مخلوقاته” اهـ. وقد حذر رسول الله صلى الله عليه وسلم من أهل الأهواء بقوله :”وإنه س�

Sunnah Orang Berjuang – Hijjaz (Chord)

Macam biasa, kalau aku nak nyanyi lagu tapi tak jumpa chord, aku cari sendiri dan post sini supaya senang nanti kalau aku nak main lagi hahahaha

Sunnah Orang Berjuang – Hijjaz

Cm
Berjuang menempah susah
C                               Fm
Menanggung derita menongkah fitnah
A#                              D#
Itulah gelombang hidup samudera duka
G#        G             Cm
Seorang mujahid membela tauhid

Cm
Dipisah dia berkelana
C                Fm
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
A#                  D#
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
G#      G             Cm
Membara demi Allah dan rasulNya

A#              D#
Berjuang tak pernah senang
Fm                   Cm
Ombak derita tiada henti
A#                    D#
Tenang resah silih berganti
G                      Cm
Inilah sunnah orang berjuang

Cm                          G
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Fm                G
Dihiris dosa air mata
Cm                         G
Siangnya bagaikan singa dirimba
Fm       G                Cm
Memerah keringat mencurah tenaga

Fm        D#
Sudah Sunnah
Dm      G
Berjuang
Cm
Ke jalan Allah

Cm
Berjuang memang pahit
C                  Fm
Kerana syurga itu manis
A#                              D#
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
G#       G             Cm
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Cm
Berjuang ertinya terkorban
C                    Fm
Rela terhina kerna kebenaran
A#                D#
Antara dua jadi pilihan
G#         G             Cm
Dunia yang fana atau syurga

 

X Factor – Tak Sanggup (chord)

Macam biasa, chord yang aku cari tapi tak jumpa, aku akan cari, dan aku akan save kat sini. Kali ni, lagu X Factor – Tak Sanggup

X Factor – Tak Sanggup (chord)

Em D
Tak sanggup kulafazkan cinta
Em B Em
Kerna takut hati kan kecewa
Em D
Tak sanggup kuucapkan, “Sayang”
Em B Em
Bila di hati masih terbayang
D Em B Em
Hm, dilukai ketika dulu
D Em B Em
Pedihnya masih menghantuiku

D
Serik dah kurasa (serik dah kurasa)
G C B Em
Mempercayai cinta kan abadi selamanya
D
Hingga ku dinoda (hingga ku dinoda)
G D A D
Menyerahkan jiwa untuk dikecewa akhirnya
A D A C B
Tak sanggup aku dihimpit pilu, oh

Em D
Benar tak sanggup kuikrarkan janji
Em B Em
Yang tak mampu untuk dikotai
Em D
Oh, bukannya jiwa tak berkasih?
Em B Em
Luka lama kurasakan masih
D Em B Em
Mencurigai gerak hatiku
D Em B Em
Pedihnya masih menghantuiku

D
Serik dah kurasa (serik dah kurasa)
G C B Em
Mempercayai cinta kan abadi selamanya
D
Hingga ku (ku), ku dinoda (hingga ku dinoda)
G D A D
Menyerahkan jiwa untuk dikecewa akhirnya
A D A C B
Tak sanggup aku dihimpit pilu, oh

Em D
Benar tak sanggup ku berduka lagi
Em B Em
Meletak harapan terlalu tinggi
Em D
Hu, tak sanggup kugadaikan cinta
Em B Em
Hm, pabila dipertaruhkan jiwa
D Em B Em
Dilukai (dilukai), dibelenggu (dibelenggu)
D Em B Em
Pedihnya masih (menghantuiku)

 

Kalau Nak dengar demo chord lagu ni boleh dengar kat atas tu

Flava – Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Kedalam Hatiku (chord)

Haritu aku nak main lah lagu ni, pastu tetiba aku search chord dia takde..
Lagu ni actually lagu lama gila kot.. tahun 2008 tak silap aku.. OST file Duyung masa tu.

Lagu ni best la cite dia..

 

A Bm
Jarang sekali terdengar bunyi
E A
Ketukan di pintu hatiku ini
F#m Bm
Kalau adapun bila kubuka
E A
Tiada siapa yang berada di luar

A Bm
Tapi sejak dua menjak kini ku
E A
Merasakan bagai ada tetamu
F#m Bm
Tanpa dijemput sudi menjenguk
E A
Pada waktu sepi menemaniku

D Dm A
Tidak mungkin dia dari sini
F#m Bm
Kerna tiada siapa pernah kisah
E A F#m
Akan aku, dan tanya ku, siapa kamu?
Bm E
Kenapa singgah kalau tak masuk
A
Ke dalam hatiku?

A Bm
Jarang sekali kurasa rindu
E A
Menantikan waktu untuk bertemu
F#m Bm
Bisakah bersua walau seminit?
E A
Agar lahir peluang berterima kasih

C/O

A Bm
Jarang sekali ku sebegini
E A
Mengharapkan hati untuk diselami
F#m Bm
Jangan biar fikiranku buntu
E A
Memikirkan mimpi dalam jagaku

C/O

 

Nak dengar aku main lagu ni? Dengar la kat bawah ni

Apa itu Laravel PHP Framework

Laravel adalah sebuah framework PHP yang sangat popular dan banyak digunakan oleh para pengembang web di seluruh dunia. Ini adalah kerangka kerja yang fleksibel dan mudah digunakan yang memungkinkan pengembang web untuk membuat aplikasi web yang kuat dan dinamis dengan cepat.

Laravel menawarkan banyak fitur yang membantu pengembang web dalam mengelola projek mereka dengan lebih mudah. Fitur-fitur tersebut termasuk template engine yang kuat, sistem routing yang mudah digunakan, dan banyak pustaka(library) yang berguna untuk membantu pengembang web dalam mengelola aspek-aspek seperti autentikasi, sesi, dan pembatasan akses.

Laravel juga memiliki komuniti yang kuat dan aktif, yang memastikan bahwa framework ini selalu diperbarui dengan fitur-fitur terbaru dan terkini. Ini juga memungkinkan pengembang web untuk dengan mudah mendapatkan bantuan dan dukungan dari komuniti jika mereka mengalami masalah atau memiliki pertanyaan tentang bagaimana menggunakan Laravel.

Salah satu kelebihan utama Laravel adalah kemudahannya dalam membangun aplikasi web yang skalabel(scalable). Framework ini dirancang untuk memudahkan pengembang web dalam mengelola aplikasi web yang terus berkembang dan memiliki banyak pengguna. Ini memastikan bahwa aplikasi web yang dibangun dengan Laravel dapat berjalan dengan lancar dan cepat, meskipun terdapat banyak permintaan yang datang ke server.

Secara keseluruhan, Laravel adalah pilihan yang sempurna bagi pengembang web yang ingin membangun aplikasi web yang kuat dan dinamis dengan cepat. Dengan fitur-fitur yang hebat, komuniti yang kuat, dan kemampuan untuk membangun aplikasi web yang skalabel, Laravel adalah kerangka kerja yang sangat berguna bagi siapa saja yang ingin membangun aplikasi web yang menakjubkan.

Berikut adalah beberapa contoh aplikasi web yang dibuat dengan menggunakan Laravel:

  1. Laravel Spark: Laravel Spark adalah aplikasi berbayar yang dibuat oleh tim Laravel yang membantu pengembang web dalam membangun aplikasi SaaS (Software as a Service).
  2. Task Rabbit: Task Rabbit adalah aplikasi yang membantu pengguna untuk menemukan orang yang dapat membantu mereka menyelesaikan tugas-tugas sehari-hari, seperti mengemudikan, membersihkan rumah, atau membeli barang-barang keperluan.
  3. Reddit: Reddit adalah salah satu laman sosial terbesar di dunia yang menggunakan Laravel sebagai kerangka kerja pengembangan aplikasinya.
  4. 9GAG: 9GAG adalah sebuah laman web yang menyajikan konten hiburan, seperti meme, gambar lucu, dan video, yang dibuat dengan menggunakan Laravel.
  5. Unsplash: Unsplash adalah sebuah situs web yang menyediakan foto-foto gratis yang dapat digunakan oleh siapa saja. Aplikasi ini dibuat dengan menggunakan Laravel.
  6. Invoice Ninja: Invoice Ninja adalah aplikasi yang membantu perusahaan dalam membuat dan mengirimkan invois kepada pelanggan mereka. Aplikasi ini dibuat dengan menggunakan Laravel.
  7. Flarum: Flarum adalah platform forum yang dibuat dengan menggunakan Laravel yang memungkinkan pengguna untuk berkomunikasi dan berbagi informasi dengan mudah.
  8. Headlands: Headlands adalah aplikasi yang membantu syarikat dan perniagaan dalam mengelola projek dan menyelesaikan tugas-tugas yang terkait dengan projek tersebut. Aplikasi ini dibuat dengan menggunakan Laravel.
  9. Laravel News: Laravel News adalah sebuah laman web yang menyediakan berita dan tutorial tentang Laravel kepada pengembang web yang ingin belajar lebih lanjut tentang framework ini.
  10. Voyager: Voyager adalah sebuah aplikasi yang membantu pengembang web dalam mengelola konten pada laman web yang dibuat dengan Laravel.

Ini hanyalah beberapa contoh aplikasi web yang dibuat dengan menggunakan Laravel. Ada banyak aplikasi lain yang juga menggunakan framework ini, termasuk aplikasi e-commerce, aplikasi pengurusan projek dan sebagainya.

Siapakah Ahlussunnah Wal Jamaah

AHLI Sunnah wal Jamaah ialah sebagai mana yang disebut oleh al-Hafiz Murtada al-Zabidi dalam kitab Ithaf al-Sadat al-Muttaqin: “Jika dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, maka yang dimaksudkan ialah al-Ashairah dan al-Maturidiyyah.”

Dr Nuh ‘Ali Salman al-Qudah yang merupakan Qadi al-Qudah (Ketua Hakim) dan Mufti Jordan menyebut dalam kitab al-Mukhtasar al-Mufid fi Jauharah al-Tauhid yang menjadi rujukan utama bagi subjek teras bagi pelajar diploma di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): “Dan di antara perkara yang patut disebut ialah jaguh-jaguh ulama Muslimin daripada ulama hadis, ulama tafsir, ulama fiqh, ulama usul fiqh dan ulama aqidah – mereka adalah daripada al-Asha’irah dan al-Maturidiah. Ulama mazhab Maliki, ulama mazhab Shafie dan ramai daripada ulama mazhab Hanbali seperti Ibn al-Jawzi adalah Asha’irah dan ulama mazhab Hanafi adalah Maturidiah.”

Dalam Mesyuarat Panel Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertarikh 28 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, diputuskan perincian definisi Ahli Sunnah wal Jamaah ialah:

  • (a) Mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf (Asya’irah dan Maturidiyyah),
  • (b) Mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar, ini mengeluarkan Khawarij, Syi’ah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu’tazilah, Anti-hadis, Islam liberal, pluralisme agama dan seumpamanya,
  • (c) Mereka ialah golongan yang mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak taasub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam.

Selain itu, Ahli Sunnah wal Jamaah juga disebut secara khusus atau umum dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Antara negeri yang menyatakan secara khusus ialah Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, dinyatakan bahawa: “Ahli Sunnah Wal Jamaah maknanya ialah mazhab Abu Al-Hassan Al-Asha’ri dan Abu Mansur Al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah kedua-duanya.”

Di Johor, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 22 April 2015 mengambil maklum antaranya:

  • (a) Umat Islam di Malaysia secara umumnya berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, akidah berasaskan mazhab Asya’riah dan al-Maturidiah dan fiqah berdasarkan mazhab Syafie.
  • (b) Ajaran agama berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ajaran yang sederhana atau (wasatiyyah. Ajaran yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama ini ternyata menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, sahabat dan ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan;

  • (a) Akidah dan Tauhid berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.
  • (b) Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
  • (c) Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Begitu juga Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 24 hingga 26 Mei 2016 bersetuju antaranya memutuskan umat Islam hendaklah berpegang dalam hal berkaitan dengan;

  • (a) Aqidah dan Tauhid, berdasarkan hanya kepada pegangan Imam Abu Hassan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.
  • (b) Fiqh dan Syariah, berdasarkan Mazhab Syafi’i di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan pandangan Imam muktabar yang lain.
  • (c) Tasawwuf, berdasarkan manhaj sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.
1 2 3 10