Rahsia Ilmu
Orang selalu tanya kepada aku, mana aku belajar semua ilmu2 yang aku ada, terutama ilmu IT. Aku hanya menjawab aku belajar sendiri. Tapi sebenarnya hari ni aku nak kongsikan rahsia aku mendapatkan ilmu.
Rahsia tersebut adalah warak dalam ilmu. Makna warak adalah meninggalkan perkara2 yang boleh membawa kepada dosa. Sebagai contoh, walaupun kita tau macam mana nak deface satu website dan claim diri kita seorang “hacker” kononnya, tapi kita tak buat sebab takut2 diri kita mendapat dosa dengan menyusahkan staf2 atau company2 yang imejnya akan tercalar dan dalam masa yang sama menabur pasir dalam periuk nasi mereka.
Dengan sifat seperti itu, percayalah, Allah akan menambah ilmu kita dan dalam masa yang sama memberi rezeki melalui jalan yang tidak kita sangkakan. Dan setiap ilmu itu adalah amanah Allah terhadap kita, haruslah kita gunakan di jalan yang lurus dan diredhaiNya. Dan timbangan amal kita juga akan menjadi berat dengan ilmu yang bermanfaat di hari akhirat kelak.
Nabi SAW bersabda :” Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui MakaAllah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”.
Imam Ahmad bin Hanbal ra. Bertemu dengan Ahmad bin Abi Hawari, maka Ahmad bin Hanbal ra. “Ceritakanlah kepada kami apa-apa yang pernah kau dapati dari gurumu Abu Sulaiman ra. “. Jawab Ibnu Hawari : “Bacalah subhanallah tanpa kekaguman”.Setelah dibaca oleh Ahmad bin Hanbal ra. : “Subhanallah” Maka berkata Abil Hawari ra. : “Aku telah mendengar bahwa Abu Sulaiman berkata : “ Apabila jiwa manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa, nescaya akan terbang kea lam malakut (di langit), kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru”. Imam Ahmad Bin Hanbal ra. Setelah mendengar keterangan itu langsung ia bangkit bangun/berdiri dan duduk ditempatnya berulang tiga kali, lalu berkata : “Belum pernah aku mendengar keterangan serupa ini sejak aku masuk islam”. Ia sungguh puas dan sangat gembira menerima keterangan itu, kemudian ia membaca hadits tadi.
(Tarjamah Kitab Alhikam Syaikh Ibnu Athoillah, H Salim Bahreisy, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 2001, pp 33-34., Hadits ini juga tertulis di Fadhilah alqu’an penjelasan hadith ke 18, hal 25-27, Syaikh Maulana Zakariyya, era ilmu kuala lumpur)
Di mana sampai satu tahap, kewarakan seseorang akan membawanya sampai ke tahap yang sangat tinggi hingga dikurniakan Allah dengan pengetahuan bersifat laduni. Laduni adalah ilmu yang diilhamkan secara terus kepada kita tanpa kita pernah belajar mengenai perkara tersebut. Hanya perlu terlintas dalam hati tentang perkara yang ingin diketahuinya dan kun fayakun, terus tau mengenai hal tersebut. Sebagai contoh, bila datang orang bertanya kepada seseorang, dia terus dapat memberi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut hanya dengan ilham sahaja.
“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah (dalam beribadah) selama 40 hari maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”. (HR. Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam alhilyah)
Sebab tu kalau kita tahu mengenai sesuatu perkara yang boleh membawa kita kepada dosa, cepat-cepat kita kena sedar dan terus berpaling dan meninggalkan perbuatan syubhah tersebut. Sebagai contoh Allah turunkan ilmu kepada kita bagaimana untuk bypass payment sesuatu website contohnya online game. Kita tahu perkara tersebut boleh buat duit dengan jual barang yang kita dapat dengan bypass security game tersebut. Tapi kita tak buat perkara tu kerana takutkan Allah. itu nama dia Warak.
Hari ni aku nak menyeru kepada rakan-rakan aku di luar sana, bersifat waraklah dalam amalan kita tak kira dalam bidang apa sekalipun kita berada. Percayalah sifat itu akan dibalas oleh Allah dengan setimpal.
“Takutlah kepada Allah niscaya Allah akan mengajari kalian“ (Qs. Al baqarah ayat 282)