Domain, Hosting dan Website Development

Hari ni saya nak mengupas tentang domain, hosting dan development untuk website. Ramai antara kita yang masih tidak memahami tentang apa yang diperlukan untuk mempunyai sebuah website.

Saya akan cuba menerangkan dengan seberapa lengkap tentang 3 perkara tersebut dalam penulisan ini.

Domain

Domain adalah alamat website anda. seperti contoh “abc.com.my” “123.my” “faizamer.my” adalah contoh-contoh domain. Subdomain pula adalah sub kepada domain tersebut contohnya “blog.abc.my” adalah subdomain kepada domain “abc.my”. Domain ini kita kene beli dengan registrar.

harga-domain-dot-my

 

Domain .my lebih mahal dari .com. Harga domain .com.my dalam RM80.00 setahun dan domain .my dalam RM110.00 setahun. Itu adalah harga tetap domain .my. Kadang-kadang ada promosi. Beli masa promosi adalah sangat menjimatkan.

Hosting

Hosting adalah space tempat kita letak fail dalam internet. Hanya dengan mempunyai domain sahaja tidak cukup kerana kita mesti mempunyai tempat untuk menyimpan fail kita di internet. Domain yang kita beli akan kita point kepada hosting.

Hosting dan domain boleh disewa secara berasingan atau sekaligus. Kebanyakan syarikat webhosting menawarkan pakej hosting dan domain sekaligus. Ada kebaikan dan keburukannya apabila kita melanggan pakej domain dan hosting sekaligus.

Kebaikan melanggan sekaligus adalah biasanya pakej sebegitu lebih menjimatkan. Jika langgan asing, webhosting dibayar secara tahunan. Rate webhosting Malaysia biasanya RM100 ke atas bergantung kepada spesifikasi hosting tersebut. RM100 setahun biasanya menawarkan space sebesar 10GB.

hosting

 

Keburukan melanggan sekaligus adalah, kita kene renew hosting dan domain tu tiap2 tahun. RM500 setahun agak mahal untuk sesetengah peniaga-peniaga online atau blogger2 baru. kalau kita langgan asing-asing, kita boleh park domain kita kepada hosting berasingan buat sementara waktu. ada jugak hosting yang free tapi biasanya free ni tak reliable.

Website Development

Website Development pula adalah proses untuk design laman web tersebut. Designer yang professional biasanya mengambil upah sebanyak 300-500 untuk setiap page. Itu mungkin harga tahun 2010.

Sekarang teknologi development dah canggih dan ada yang menggunakan CMS seperti WordPress yang lebih senang dan menggunakan template sedia ada. Ia banyak menjimatkan kos. Namun kepakaran dari web designer yang berpengalaman tetap diperlukan untuk menghasilkan sebuah website yang cantik dan elegan.

Penutup

Itulah sedikit sebanyak informasi tentang Domain, Hosting dan Website Development. Sekiranya anda ada mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau memerlukan khidmat konsultasi berkaitan Digital Business, anda boleh berhubungan langsung dengan saya di facebook saya http://www.facebook.com/faiz.amer atau kilik link ini untuk whatsapp: http://wasap.mister.my

Sekian Terima Kasih.

Do you like this post?

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *