Membina Website Ecommerce

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk memulakan perniagaan online dengan kos permulaan yang rendah. Anda juga boleh Membina Website Ecommerce sendiri.

Domain dan Hosting

Perkara pertama yang anda kena buat adalah beli domain dan hosting. Sekarang tengah promosi domain .my dan .com.my RM10.00 sahaja setahun. Beli cepat-cepat. Lepas tu beli hosting. Kos hosting biasanya RM90-RM250 setahun. Saya pun ada buat shared hosting. Saya charge RM30.00 sahaja setahun, kalau berminat boleh whatsapp ke 013-2829456. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang Domain dan Hosting ini, anda boleh membacanya di sini. Domain dan hosting adalah perkara penting sebelum anda Membina Website Ecommerce.

Setelah anda mempunyai domain dan hosting, anda harus menunggu sekurang-kurangnya 24 jam untuk domain dan hosting tersebut link together. Atau bahasa technicalnya DNS propagation will take 24 hours.

CMS (Content Management System)

Kemudian, dari control panel hosting anda, anda boleh install e-commerce CMS. Ia adalah percuma. Saya recommend gunakan OpenCart atau Woocommerce(WordPress). Cara-cara setup dan installation anda boleh google. Sekiranya ada kelapangan saya akan kongsikan di blog saya ini.

Seterusnya, anda haruslah menambah produk dalam E-commerce website anda. Cara-caranya ada dalam documentation di website CMS yang anda gunakan. Untuk Membina Website Ecommerce yang baik, pemilihan CMS adalah sangat penting.

Payment Gateway

Perkara yang paling penting dalam Membina Website Ecommerce adalah fungsi untuk pelanggan membayar secara online. Ia dinamakan Payment Gateway. Di Malaysia terdapat beberapa ejen kutipan sah online yang anda boleh gunakan. Antaranya adalah IPay88, Webcash, BillPlz. Payment gateway tu saya suggest sebab baik untuk startup business.

Tiga Payment Gateway yang saya cadangkan tu setakat ini yang agak stabil yang biasa saya suggestkan kepada client saya. Ipay yang paling mahal. Webcash murah sikit dari IPay dan BillPlz yang paling mudah dan murah.

Saya strongly recommend BillPlz sebab bagi saya BillPlz adalah yang paling mudah untuk setup dan charge yang dikenakan untuk setiap transaksi sangat murah. RM1.50 untuk setiap transaksi. Tapi kelemahannya adalah ia tidak boleh menerima Kredit Kad. Untuk menerima Kredit Kad, anda harus topup sekurang-kurangnya RM1000.

Tapi Kad Kredit dan Kad Debit tak menjadi masalah, anda boleh menggunakan Paypal Express Checkout untuk menerima Kad Kredit.

Integrate Payment Gateway

Untuk BillPlz dan Webcash, anda boleh download plugin untuk woocommerce dan opencart secara percuma dan ianya plug and play. Pasang dan terus boleh terima payment. Hassle Free.

Anda boleh melawati laman web ini untuk belajar memasang plugin BillPlz pada OpenCart atau Woocommerce di sini Billplz-Payment-Gateway

Kesimpulan

Guide ini adalah ringkasan dari apa yang perlu seorang usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan online tahu. Namun sekiranya anda benar-benar inginkan penjelasan yang lebih lengkap, anda boleh Hubungi Saya melalui Whatsapp(013-2829456) atau Telegram (013-2228549).

Summary
Membina Website Ecommerce
Article Name
Membina Website Ecommerce
Description
Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk memulakan perniagaan online dengan kos permulaan yang rendah. Anda juga boleh Membina Website Ecommerce sendiri.
Author
Publisher Name
Mister Com Solutions
Publisher Logo
Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *