Mengenai Pendaftaran Syarikat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Post kali ini saya ingin bercerita tentang pendaftaran syarikat mengikut apa yang saya tau dan saya belajar sepanjang saya berkecimpung dalam dunia perniagaan ini.

Masa awal-awal berniaga dulu saya tak tau. Dan kalau boleh saya nak kongsikan la apa yang tau kepada pemula-pemula perniagaan agar senang nak faham. Bahasa yang saya akan gunakan juga saya akan cuba untuk permudahkan.

Apa itu Enterprise? 

Syarikat Enterprise adalah syarikat yang didaftarkan secara milikan tunggal atau perkongsian. Ia tidak memerlukan Authorised Capital dan Paid-up Capital. Yang baru nak berniaga dan masih belum ada pelabur sesuai untuk mendaftar Enterprise.

Ada kelebihan dan kekurangan mendaftarkan syarikat sebagai enterprise. Kelebihannya adalah ia tak perlu ada paid-up capital. Bila tak ada paid-up capital, tak adalah cukai syarikat. Tapi sejak ada GST ni, cukai perlu juga dibayar sekiranya turnover lebih dari 500,000. Turnover adalah jumlah kutipan wang yang dikutip oleh syarikat. Contoh macam sales atau caj servis.

Dari segi liabiliti, pemilik syarikat menanggung semua liabiliti syarikat. dari segi hutang atau segala tanggungan syarikat. Di situ agak berbahaya. sekiranya syarikat menanggung hutang, pemilik syarikat akan menanggung liabiliti tersebut.

Dari segi audit syarikat, Enterprise tak perlu audit sebab tak ada paid up capital.

Kalau sales bawah 500k setahun, tak perlu register GST dan pakai enterprise pun ok. Kalau lebih 500k setahun, register la sebagai sdn bhd. cukai pun tak banyak. kalau paid up capital tak lebih 500k, tak ada cukai pun.

Apa itu Sdn Bhd

Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai paid up capital dan authorised capital. Enterprise tak perlu paid up capital. Paid-up capital minimum adalam RM2. So hanya dengan modal rm2 dah boleh ada company sdn bhd. Cukai syarikat pun tak payah bayar kalau paid up capital RM2 je.

Paid up capital adalah modal yang telah dibayar kepada syarikat oleh pemegang saham. Syarikat harus mengisytiharkan modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham. Contoh kalau satu syarikat ada 3 pemegang saham, modal yang diorang keluarkan haruslah diisytiharkan sebagai paid up capital.

Cukai syarikat akan dikenakan sekiranya paid-up capital lebih dari 500k. Sdn Bhd kena ada company secretary dan auditor untuk audit akaun membuktikan bahawa modal tersebut betul2 ada dalam akaun syarikat, kemana duit2 tu semua pergi, keluar masuk duit semua perlu audit tiap tahun. Enterprise tak perlu audit.

Apa itu LLP (Limited Liability Partnership)

LLP adalah ditengah2 antara Sdn Bhd dan Enterprise. Syarikat tak perlu diaudit, tak perlu ada paid up capital dan declared share. Kebaikannya adalah Liability tidak ditanggung secara personal oleh pemilik syarikat. Syarikat dan individu adalah entiti berbeza.

Itu je lah serba ringkas yang saya boleh tulis dan apa yang saya tahu mengenai beza Enterprise, Sdn Bhd dan LLP. Banyak lagi kalau nak tulis, tapi boleh cari dokumen dekat internet. Konsep nya saya dah terangkan. Nak lebih pencerahan boleh tanya pegawai SSM. diorang memang suka menerangkan benda2 ni semua.

Saya pernah bertanya tentang perkara2 macam ni dekat pegawai SSM. Dia terangkan detail A-Z dekat saya dan dia cakap dia suka orang yang bertanya. Kebanyakan orang ni buat2 pandai dan tak nak bertanya. Sebab tu ramai yang pakai agen walhal tak susah mana pun nak register Company. BTW Enterprise bukan Syarikat tapi Perniagaan.

Ok, semoga apa yang saya tulis di bermanfaat. Kalau ada apa2 nak tanya boleh terus comment tanya. kalau saya perasan saya reply hihi.

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *