Cara Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor (Terbaru)

Mesti ramai antara korang yang contact list phone dia penuh. Biasanya contact list kita penuh sebab kita perlu save nombor orang tu sebelum whatsapp dia. Betul tak? Dan kadang2 kita hanya nak whatsapp dia sahaja tanpa perlu nak save nombor dia.

Ha.. kalau korang menghadapi masalah begini, korang perlu tahu cara whatsapp tanpa perlu save nombor orang tu. Baru lah contact list korang tak penuh sampai nak cari nombor orang pun susah kan?

Ada beberapa cara korang boleh whatsapp tanpa perlu save nombor ni, tapi saya akan tunjukkan anda cara paling mudah untuk whatsapp tanpa perlu save.

Caranya adalah menggunakan apps WasapLa Direct yang boleh didownload dari google playstore.

Step 1: Download apps dibawah dari google playstore

 

Step 2: Buka apps tersebut, anda akan nampak interface seperti di bawah.

 

Step 3: Masukkan telefon yang anda nak whatsapp (jangan lupa kod kawasan)

 

Step 4: Tekan Wasap!!

Mudah kan?

Tambahan: Anda juga boleh menggunakan QR Code scanner untuk direct wasap. Untuk generate QR Code wasap.la, anda boleh menggunakan Apps Wasap.la Biz.

Contoh QR Code:

Onlinekan Jenama anda dengan Pek Permulaan MYNIC (BOS)

Hari ini saya akan berkongsi apa sebenarnya BOS Starter Pack, inisiatif dari MYNIC ini.

Penjenamaan atau Branding adalah elemen yang penting untuk anda memperkenalkan sesuatu kepada orang lain. Tidak kiralah anda ingin memperkenalkan diri anda, syarikat anda, perniagaan anda ataupun produk anda.

Apa pun strategi Branding anda, di zaman IT ini, anda perlukan domain dan hosting bagi jenama anda. Domain dan Hosting inilah yang akan membuatkan jenama anda lebih terserlah berbanding jenama lain. Ia dipanggil Online Presence.

Atas inisiatif MYNIC memudahkan pendaftaran domain dan webhosting sekaligus, anda mampu mengaktifkan domain dan hosting anda dengan mudah dan pantas. Hanya perlukan beberapa minit untuk pengaktifan, dan kurang dari 24 jam untuk approval.

Perkara pertama yang anda harus ada ialah Starter Pack BOS. Starter Pack BOS dari MYNIC setakat ini ada yang RM88 dan RM587. RM88 adalah pakej Go2 iaitu servis Redirection kepada content anda. Katakan anda mempunyai FB page dan anda perlukan domain supaya ia boleh redirect ke FB Page anda, anda membeli BOS Go2 RM88 dan Linkkan domain anda kepada FB Page anda.

Sekiranya anda kurang jelas apa itu domain, domain adalah alamat anda di dunia internet. contohnya alamat blog ini ialah faizamer.my. Faizamer.my itu ialah sebuah domain.

Pakej BOS (Branding Online Solution) adalah pakej lengkap Domain dan Hosting serta Tool untuk membina laman web. Anda boleh design laman web anda sendiri dengan tool ini. Namun, sekiranya anda inginkan laman web yang canggih atau sistem anda sendiri, bolehlah mendapatkan khidmat nasihat pakar. Apa-apa pun, kena ada domain dan hosting dahulu.

Pek permulaan MYNIC BOS

Inilah dia pek permulaan BOS tersebut. Di dalamnya ada kod diskaun dan manual penggunaan. Ikuti langkah-langkah untuk mengaktifkan Domain dan Hosting anda seperti tertulis dalam manual yang disertakan.

Selepas pengaktifan, anda akan dapat akaun CPanel anda. Di situ anda boleh menambah email bagi domain anda. Seperti contoh, domain anda adalah abc.com.my, anda boleh create email anda sendiri [email protected]

 

CPanel Domain

Di atas adalah CPanel untuk domain anda, di sinilah anda boleh upload fail ke website anda, design laman web anda ataupun install cms kepada website anda.

Saya ingin kongsikan apa yang sangat menarik mengenai CPanel ini. 

CPanel mempunyai tool yang dinamakan Softaculuos. Ia adalah koleksi CMS atau Sistem Open Source yang sudah siap pasang ke website anda. Anda hanya perlu install dan aktifkan sahaja sistem-sistem tersebut untuk menggunakannya.

Klik Softaculuous

Klik ikon Softaculous App Installer di dalam CPanel anda.

Softaculous App Installer

Inilah App Installer.

Berikut saya senaraikan beberapa sistem Open Source yang mungkin berguna untuk anda:

  1. Blog, Portal, Website
    1. WordPress
    2. Joomla
  2. E-Commerce
    1. Open Cart
    2. Magento
    3. Abante Cart
  3. Forum
    1. phpBB
    2. SMF
  4. Sistem Business
    1. Invoice Plane
    2. Invoice Ninja
    3. Open Source Point of Sales

Anda hanya perlu install sahaja ke website anda.

Bagaimana untuk mendapatkan pakej BOS ini?

Anda boleh mendapatkannya dari MYNIC Seeds Agent. Dengan diskaun-diskaun yang menarik, anda dapat memiliki sebuah Jenama Online dengan kos yang amat amat berpatutan.

Salah satu MYNIC Seeds Agent adalah Mister Com Solutions. Anda boleh membeli Pek Permulaan ini secara online di https://www.mister.my/shop/. Aktifkan sendiri domain anda dan anda sudah memiliki domain dan hosting anda sendiri!

Sekiranya anda perlukan sebutharga atau pertanyaan lanjut, boleh berurusan menerusi whatsapp di link wasap http://wasap.la/mister

 

Kenapa perlu ada kedai online

Sekarang, ramai peniaga dan pemilik perniagaan semakin berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan Online. Sebab apa? trend sekarang orang membeli dari internet. Dan siapa yang cepat mengembangkan perniagaan mereka secara online akan mendapat advantage yang besar untuk 3-4 tahun ini.

Tapi ada banyak kekangan yang perlu dihadapi oleh mereka yang berminat ini. Kekangan pertama adalah untuk convert customer sedia ada kepada customer online. Ia boleh diselesaikan dengan cara mendalami Online Marketing.

Tanpa Online Marketing, business anda akan krik-krik-krik. Sepi. Dia macam anda jual barang, tapi tak bagitau kat orang anda jual barang, macam mana orang nak beli? Ada website ratus-ratus ribu pun tak ada sales tak guna jugak. betul?

Kebanyakan peniaga dia tersekat kat sini. Terlalu fokus dekat nak buat website canggih2 tapi tak fikir pasal marketing. Padahal tak ada website, tak ada kedai, buat marketing saja pun dah cukup untuk dapat sales.

Banyak cara boleh dilakukan untuk marketing. tapi tak perlu fokus sangat kepada marketing sebab marketing bagus, orang ramai nak beli, tapi orang tak tau nak beli macam mana pun krik-krik-krik jugak.

Customer biasanya tak suka bertanya. Dan kadang2 peniaga ni memilih untuk tak bagitau macam mana nak beli

Seterusnya apabila mereka berjaya melepasi kekangan pertama iaitu Online Marketing dan ramai orang masuk kedalam kedai online mereka, kekangan yang kedua ialah management. Bagaimana untuk manage potential2 customer ini.

Secara tradisional, peniaga2 internet akan hire orang untuk closing melalui FB Messenger, atau Whatsapp, cara ini berkesan, namun kos hiring terlalu tinggi dan ianya boleh dikurangkan dengan management yang betul.

Sesetengah pelanggan lebih suka closing dalam Whatsapp, tapi sesetengah pelanggan lebih suka beli secara online. Mereka lebih suka berurusan dengan website dari dengan orang. Kalau nak tau kenapa terjadi perkara tersebut, ia berdasarkan behaviour. Sesetengah pelanggan adalah introvert dan sesetengahnya adalah extrovert. Extrovert suka closing guna whatsapp atau messenger, sesetengah suka beli dan bayar guna online.

Ada kajian mendapati, manusia di kawasan asia lebih ramai introvert dari extrovert. Kerana itulah, teknologi e-commerce China lebih berjaya di kawasan asia. Kerana teknologi mereka lebih introvert. Bayar guna wechat, beli online.

So jangan merendahkan penggunaan sistem online dalam jual beli di kawasan Asia. Seorang peniaga online patut mempunyai kedua-dua channel perniagaan online. Untuk introvert dan untuk extrovert.

 

Cara Buat Link Whatsapp

Bagaimana untuk membuat link whatsapp supaya orang tak perlu save nombor anda untuk whatsapp anda. Anda pastinya pernah melihat orang lain menggunakan link untuk whatsapp. Cara tersebut sangat mudah terutamanya anda adalah seorang peniaga.

Caranya sangat mudah.

Dengan menggunakan wasap.la yang baru saya buat, anda boleh menambahkan nombor telefon anda ke link wasap.la tersebut. Jadilah link wasap anda. Sebagai contoh nombor telefon anda adalah 0123456789, maka link wasap anda adalah wasap.la/60123456789 .

Mudah kan?

Sekiranya anda inginkan text permulaan untuk wasap link tersebut, hanya perlu tambah text anda ke link tersebut seperti contoh wasap.la/60123456789/SetCantik

Ada lagi……

Kalau nak cantik lagi link wasap anda, anda boleh menggunakan servis short url saya di meh.la

Selain dari cara-cara di atas, saya telah membangunkan sebuah sistem BizDashboard dan menambahkan fungsi-fungsi yang terbaik dalam Wasap.la ni.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah tengok video di bawah ini..

 

Tag: Link Whatsapp

10 Falsafah Marketing Dari Sun Tzu’s Art of War

10 Falsafah Marketing Dari Sun Tzu’s Art of War

The Art of War Sun Tzu ditulis pada abad kedua SM. Beliau adalah seorang jeneral berpangkat tinggi dalam tentera China dan menulis salah satu buku tentera strategik dan taktikal yang paling berpengaruh dalam sejarah. Pengaruh buku ini dapat dirasai di Timur dan Barat hari ini – bukan hanya dalam sains tentera, tetapi dalam undang-undang, kerajaan dan perniagaan. Seperti orang lain, saya dapati penulisan Sun Tzu menjadi falsafah berkesan untuk persekitaran perniagaan hari ini. Bilangan takeaways hampir tidak dapat dikira. Walau bagaimanapun, di bawah adalah beberapa pelajaran pemasaran eksekutif yang paling penting yang boleh diambil dari The Art of War hari ini.

PELAJARAN 1

“Seni perang yang hebat adalah untuk menundukkan musuh tanpa berperang.”

Pemasaran yang paling berkesan tidak dirasakan pemasaran kepada pengguna.

PELAJARAN 2

“Di tengah-tengah kekacauan, ada juga peluang.”

Terjemahan – Pengguna sedang dibanjiri dengan jumlah mesej pemasaran hari ini. Untuk menangkap dan menjaga perhatian pengguna, be eccentric dan be helpful.

PELAJARAN 3

“Berlagak rendah diri dan menggalakkan keangkuhannya.”

Terjemahan – Pemasaran kepada pengguna haruslah dibuat dengan rendah diri dan menggalakkan keangkuhan pengguna. Ayat seperti “Takkan harga sepinggan nasi pun tak mampu” agak berguna sesuai pada keadaan.

PELAJARAN 4

“Para pahlawan yang menang, menang terlebih dahulu dan kemudian pergi berperang; sementara pahlawan-pahlawan yang kalah, pergi untuk berperang terlebih dahulu dan kemudian berusaha untuk menang. ”

Terjemahan – Rancang pemasaran anda – tentukan kejayaan apa dan bagaimana anda akan sampai di sana.

PELAJARAN 5

“Kecemerlangan tertinggi adalah menghapuskan rintangan musuh tanpa berperang.”

Terjemahan – Pemasaran yang paling berkesan adalah pengguna membeli tanpa perlu menjual kepada mereka.

PELAJARAN 6

“Peluang akan berganda apabila diambil”

Terjemahan – Tingkah laku teknologi dan pengguna sentiasa berkembang dan mewujudkan pelbagai peluang pemasaran.

PELAJARAN 7

“Bumi melahirkan tempoh. tempoh melahirkan jumlah.  jumlah melahirkan kiraan. Kiraan melahirkan berat. Beratnya melahirkan kemenangan. ”

Terjemahan – Langkah pemasaran yang paling berkesan dan menjejaki taktik, strategi, matlamat dan ROI. Ukur kemajuan anda setiap langkah perjalanan.

PELAJARAN 8

“Jika tidak tahu kedua-dua musuh dan diri anda, anda pasti berada dalam bahaya.”

Terjemahan – Pemasar yang mengabaikan lanskap media yang berubah-ubah dan keupayaan pengguna untuk mengelakkan pengiklanan sama sekali berisiko untuk brand-obsolance.

PELAJARAN 9

“Letakkan mereka di tempat yang mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi, dan mereka akan mati sebelum melarikan diri.”

Terjemahan – Jual sesuatu kepada pelanggan dan dapatkan pelanggan hari ini. Jadilah benar-benar berguna atau luar biasa apabila memasarkan kepada pengguna dan mendapatkan pelanggan seumur hidup.

PELAJARAN 10

“Jeneral yang maju tanpa rasa malu dan mengundurkan diri tanpa takut dengan kehinaan, yang satu-satunya pemikirannya adalah untuk melindungi negaranya dan melakukan pelayanan yang baik untuk kedaulatannya, adalah permata kerajaan.”

Terjemahan – Jangan takut gagal dan jangan mengejar pengaruh. Pemasaran yang benar-benar membantu para pelanggan AKAN dihargai oleh mereka dan memberi impak secara positif kepada jenama selama-lamanya.

Penutup

Sun Tzu menambah “Orang-orang yang berkemahiran dalam perang menundukkan tentera musuh tanpa pertempuran …. Mereka menakluki strategi. ”

Pemasaran telah berkembang, medan perang telah berubah dan begitu juga pihak berkepentingan. Adakah anda akan menakluk atau menyerah?

Social Media Marketing and Search Engine Marketing

Social Media Marketing and Search Engine Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin menulis tentang dua teknik digital marketing yang paling banyak digunakan.

Apa itu Social Media Marketing?

Social media marketing adalah teknik marketing yang menggunakan social media sebagai medium. Ada dua jenis iaitu organic dan paid. Organic adalah free seperti contoh post di group-group dan page.

Paid adalah posting yang berbayar. Iklan yang berbayar adalah lebih berkesan berbanding organic. Iklan organik menitik beratkan content yang bagus dan engageable. Gabungan content yang baik dan engageable dengan iklan berbayar lebih berkesan untuk branding.

Apa itu Search Engine Marketing?

Search engine marketing adalah teknik marketing yang menggunakan search engine seperti google, bing, yahoo dan sebagainya untuk menarik leads dan memperkenalkan brand anda.

Search engine marketing ada dua jenis iaitu Search Engine Adwords dan Search Engine Optimisation. Beza antara SEO dan SEA adalah SEO free, manakala SEA berbayar. SEO adalah teknik penulisan dan setup website anda untuk meningkatkan ranking anda di Search Engine. SEA adalah teknik membayar google untuk memastikan content anda berada di ranking teratas.

Contoh SEM

Beza antara Search Engine Marketing(SEM) dan Social Media Marketing(SMM)

SEM adalah Pull Marketing manakala SMM adalah Push Marketing. Dari segi pemahaman teknik marketing tradisional, Push Marketing macam kita bagi flyers, tunjukkan produk dekat orang dan jualan secara langsung. Pull Marketing adalah kita membuat signboard atau banner supaya orang nampak.

Gabungan kedua-dua teknik ini adalah teknik Digital Marketing yang terbaik. Ada masanya kita perlu menggunakan teknik SMM ada masanya kita perlu menggunakan teknik SEM. Marketing adalah seni yang halus dan perlu penguasaan yang kukuh tentang psikologi, permainan warna dan strategi.

Online TV Broadcast Server (A Blueprint)

Assalamualaikum.

Fuh lama betul rasa tak update blog ni. Dah berhabuk dah agaknya. Ok hari ni saya nak memperkenalkan anda semua tentang servis terbaru saya iaitu Online TV Broadcast Server.

Masa tahun 2009 dulu saya ada buat satu radio online nama dia Chatterzica. Masa zaman tu tak banyak radio online yang bertapak. Nama-nama yang saya ingat masa tu Penang FM, 1Malaysia FM, Dunia Muzik Online, Fungkur FM. Yang masih wujud sampai ke hari ni ada la beberapa kerat. Bapakku FM pun start beroperasi time-time tu lah.

Read more

1 2