Kenapa perlu ada kedai online

Sekarang, ramai peniaga dan pemilik perniagaan semakin berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan Online. Sebab apa? trend sekarang orang membeli dari internet. Dan siapa yang cepat mengembangkan perniagaan mereka secara online akan mendapat advantage yang besar untuk 3-4 tahun ini.

Tapi ada banyak kekangan yang perlu dihadapi oleh mereka yang berminat ini. Kekangan pertama adalah untuk convert customer sedia ada kepada customer online. Ia boleh diselesaikan dengan cara mendalami Online Marketing.

Tanpa Online Marketing, business anda akan krik-krik-krik. Sepi. Dia macam anda jual barang, tapi tak bagitau kat orang anda jual barang, macam mana orang nak beli? Ada website ratus-ratus ribu pun tak ada sales tak guna jugak. betul?

Kebanyakan peniaga dia tersekat kat sini. Terlalu fokus dekat nak buat website canggih2 tapi tak fikir pasal marketing. Padahal tak ada website, tak ada kedai, buat marketing saja pun dah cukup untuk dapat sales.

Banyak cara boleh dilakukan untuk marketing. tapi tak perlu fokus sangat kepada marketing sebab marketing bagus, orang ramai nak beli, tapi orang tak tau nak beli macam mana pun krik-krik-krik jugak.

Customer biasanya tak suka bertanya. Dan kadang2 peniaga ni memilih untuk tak bagitau macam mana nak beli

Seterusnya apabila mereka berjaya melepasi kekangan pertama iaitu Online Marketing dan ramai orang masuk kedalam kedai online mereka, kekangan yang kedua ialah management. Bagaimana untuk manage potential2 customer ini.

Secara tradisional, peniaga2 internet akan hire orang untuk closing melalui FB Messenger, atau Whatsapp, cara ini berkesan, namun kos hiring terlalu tinggi dan ianya boleh dikurangkan dengan management yang betul.

Sesetengah pelanggan lebih suka closing dalam Whatsapp, tapi sesetengah pelanggan lebih suka beli secara online. Mereka lebih suka berurusan dengan website dari dengan orang. Kalau nak tau kenapa terjadi perkara tersebut, ia berdasarkan behaviour. Sesetengah pelanggan adalah introvert dan sesetengahnya adalah extrovert. Extrovert suka closing guna whatsapp atau messenger, sesetengah suka beli dan bayar guna online.

Ada kajian mendapati, manusia di kawasan asia lebih ramai introvert dari extrovert. Kerana itulah, teknologi e-commerce China lebih berjaya di kawasan asia. Kerana teknologi mereka lebih introvert. Bayar guna wechat, beli online.

So jangan merendahkan penggunaan sistem online dalam jual beli di kawasan Asia. Seorang peniaga online patut mempunyai kedua-dua channel perniagaan online. Untuk introvert dan untuk extrovert.

 

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *