Software Open Source untuk Perniagaan

Assalamualaikum, hari ni saya nak berkongsi mengenai sistem-sistem open source yang saya rasa reliable untuk peniaga. Tujuan saya berkongsi ini adalah untuk membantu para peniaga yang baru supaya mengaplikasikan perniagaan yang sistematik.

Software Open Source untuk Perniagaan

Invoice Plane

Invoice Plane adalah sistem invoicing yang agak simple untuk perniagaan kecil. Boleh buat Quotation, Invoice dan boleh rekodkan pembayaran supaya senang kita dirujuk kembali. Kadang² customer mintak balik Invois dan Resit untuk tujuan claim Income Tax. Sistem ni sangat berguna. Tapi banyak limitation seperti tak boleh masukkan supplier, Tak ada Delivery Order, Receipt, etc etc. Tapi kalau pandai customize semua benda boleh buat. Boleh tengok Demo di sini http://demo.invoiceplane.com

 

Invoice Ninja

Invoice ninja ni aku rasa lebih better dari Invoice Plane. Open Source gak. termasuk PRO plan dia. Kene pandai cari sikit kalau nak dapat PRO plan dia. ada je dia kasi. Dia ada Vendors Invoice, Recurring Payment, Payment Gateway, dan banyak lagi Features dia. Cuma nak install susah. Nak customize LAGI susah. Boleh tengok demo dia kat https://app.invoiceninja.com/

 

Odoo

Odoo ni ERP Software. Maksudnye software business yang lengkap. Open Source gak. tapi free version dia banyak limitation. Kalau business dah besar ada 6-7 pekerja, nak buat Management System yang lengkap boleh pakai Odoo ni lah. Tapi business kecik pun boleh pakai. Dia punya module boleh install dan uninstall. Kita pakai module yang kita nak pakai je. Boleh try demo dia kat sini https://demo3.odoo.com/web

 

Axelor

Axelor ni pun ERP macam Odoo cuma dia simple sket dari Odoo yang agak complicated tu. Agak lengkap jugak solutions dia. Dan saya suggestkan Axelor ni untuk Industri Kecil dan Sederhana (SME). Kalau business kecik-kecik macam saya, pakai invoice plane atau invoice ninja pun dah ok. Axelor ni ada ERP dan CRM. dia asingkan dua sistem tu so lebih tersusun. Boleh try demo dia kat http://demo.axelor.com/abs-en/login.jsp

 

Kesimpulan

Sistem-sistem yang saya sebutkan ini adalah antara sistem perniagaan yang saya rasa bagus. Banyak lagi di luar sana yang saya tak mention di sini. Ni yang agak popular dan ramai guna. Saya tak ada kena mengena dengan mana-mana developer sistem diatas, saya hanya seorang programmer biasa yang biasa customizekan sistem2 ni ikut kehendak customer.

Diharapkan perkongsian saya ini membantu para peniaga di luar sana.

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *