Social Media Marketing and Search Engine Marketing

Social Media Marketing and Search Engine Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin menulis tentang dua teknik digital marketing yang paling banyak digunakan.

Apa itu Social Media Marketing?

Social media marketing adalah teknik marketing yang menggunakan social media sebagai medium. Ada dua jenis iaitu organic dan paid. Organic adalah free seperti contoh post di group-group dan page.

Paid adalah posting yang berbayar. Iklan yang berbayar adalah lebih berkesan berbanding organic. Iklan organik menitik beratkan content yang bagus dan engageable. Gabungan content yang baik dan engageable dengan iklan berbayar lebih berkesan untuk branding.

Apa itu Search Engine Marketing?

Search engine marketing adalah teknik marketing yang menggunakan search engine seperti google, bing, yahoo dan sebagainya untuk menarik leads dan memperkenalkan brand anda.

Search engine marketing ada dua jenis iaitu Search Engine Adwords dan Search Engine Optimisation. Beza antara SEO dan SEA adalah SEO free, manakala SEA berbayar. SEO adalah teknik penulisan dan setup website anda untuk meningkatkan ranking anda di Search Engine. SEA adalah teknik membayar google untuk memastikan content anda berada di ranking teratas.

Contoh SEM

Beza antara Search Engine Marketing(SEM) dan Social Media Marketing(SMM)

SEM adalah Pull Marketing manakala SMM adalah Push Marketing. Dari segi pemahaman teknik marketing tradisional, Push Marketing macam kita bagi flyers, tunjukkan produk dekat orang dan jualan secara langsung. Pull Marketing adalah kita membuat signboard atau banner supaya orang nampak.

Gabungan kedua-dua teknik ini adalah teknik Digital Marketing yang terbaik. Ada masanya kita perlu menggunakan teknik SMM ada masanya kita perlu menggunakan teknik SEM. Marketing adalah seni yang halus dan perlu penguasaan yang kukuh tentang psikologi, permainan warna dan strategi.

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *