Banjir, Darurat dan Insurans

Keadaan banjir tahun ini dikatakan antara yang terburuk pernah terjadi dalam sejarah Malaysia selepas banjir 1971. Aku dah baca laporan banjir 1971 dan bagi aku banjir kali ini lebih teruk dari 1971. Ramai kawan-kawan aku yang pergi sendiri menjadi sukarelawan dan ada yang memang bertugas untuk SAR banjir ni postkan gambar2 dan video yang kat tv pun tak akan ditayangkan.

Sedih dan perit bila dikenangkan apalah akan jadi pada mereka setelah banjir surut…

Rakyat dimomokkan dengan kelemahan operasi penyelamat dan bantuan banjir. Dikatakan tentera tak dapat pergi sebab tak isytihar darurat dan macam2 lagi yang dikata oleh mereka yang bagi aku sorry to say, “Berhati Busuk”

banjir hilir, bersidang si pandir,
penuh sindir, leter dan lendir,
sedang air masih enggan menyingkir,
antara kita masih menjelir,
tanpa fikir, tanpa zikir,
tetap berdikir, seperti kafir.

Kerajaan malaysia mengumumkan sebab kenapa darurat tidak diisytiharkan adalah kerana sekiranya darurat diisytiharkan, insuran tak cover. Kemudian keluarlah artikel tah dari mana yang jadi viral dimedia sosial kononnya dia ejen takaful ikhlas. Dia cakap rakyat malaysia tak ramai ambil insurans bencana alam. Tapi tolonglah, walaupun tak ramai yang ambil insurans, tak bermakna kita harus menafikan hak orang2 yang mengambil insurans bencana Alam.

Pembeli rumah yang buat loan kerajaan semuanya dicover oleh insurans bencana alam ini. Get your fact straight. Aku walaupun bukan ejen insurans ramai kawan aku yang ada dalam dunia insurans. MEMANG ADA insurans bencana alam ni. boleh claim ye cik puan.. boleh claim.

Viral lagi di media sosial surat terbuka “kononnya” dari tentera yang cakap dia takleh nak datang bantu sebab darurat tak diisytiharkan. Betul ke perkara tu? Apa yang aku nampak sendiri, sejak hari pertama SAR(Search and Rescue) banjir ini, pihak tentera dah ambil peranan dan keluarkan aset mereka. Yang lori logistik tentera terbalik tu apa? bukan tentera Malaysia?

Sudah2lah tu menabur fitnah dan persepsi kepada rakyat malaysia. Sumpah tak membantu, malah menyulitkan keadaan. Berikan ruang kepada para sukarelawan dan orang2 yang MAMPU dan MAHU membantu mangsa banjir ini. Jangan disulitkan lagi tugasnya bertarung dengan alam semata2 mahu memastikan keadaan terkawal.

Terdetik di sanubari aku, orang yang reshare dan setuju dengan kedua2 artikel tak sahih dari mana ni ambil masa untuk berfikir tak? Adakah mereka dah memperhalusi persepsi yang cuba ditanam dalam fikiran mereka? adakah mereka mampu berfikir? ADAKAH DARURAT BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA?

Jawapannya tidak, darurat tak boleh menyelesaikan masalah mereka, even tak darurat pun aset ketenteraan boleh dikerah untuk membantu mangsa banjir. even tak darurat pun sukarelawan2 boleh datang membantu mereka. Sama je pergi kalau diisytihar darurat, tempat2 yang takleh diakses melalui darat pun kereta kebal takleh masuk gak.

Cuba la guna otak sikit wahai rakyat malaysia. Kalau isytihar darurat tak dijamin menyelesaikan masalah, kenapa nak diisytiharkan darurat dan menafikan hak mangsa2 yang dilindungi insurans? Whatever happens, Life Must Go On. kalau diorang boleh cover insurans, kalau aset2 negara boleh claim insurans, ia akan memudahkan proses pembinaan semula selepas banjir. banjir kelantan 2014 

Why complicate things, kalau tak mampu nak menolong, beri ruang orang yang nak menolong tolong, jangan biarkan ideologi sempit memamah pemikiran kita dan membuatkan otak tak dapat berfikir dengan rasional.

Kalau istihar darurat pun, Banjir akan surut ke?

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *