Laporan Mageran 13 Mei Full PDF

Assalamualaikum, hari ni kita off topic dari IT. Tadi saya ternampak gambar ni kat facebook. Tak tau lah betul ke tidak orang ni cakap. Tapi sangat membimbangkan jugak bila anak-anak muda sekarang tak tau sejarah. Walaupun benda tu berlaku tak lama sangat pun, tahun 1969 je pun.. tak sampai 50 tahun lagi pun.

Maka hari ni terpanggil lah saya untuk mengumpulkan data mengenai tragedi 13 Mei ini, dan hasil kajian saya mendapati sumber paling reliable untuk tragedi ini ialah Laporan Majlis Gerakan Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Haji Abdul Razak. Tujuannya adalah untuk mengembalikan keamanan kepada Malaysia yang menjadi huru hara akibat rusuhan kaum.

Hasil dari tempoh darurat dan tindakan dari pihak Mageran sendiri akhirnya kekecohan dan huru hara tersebut menjadi aman semula. Jangan ingat benda ni main-main adik adik abang-abang kakak kakak semua. Orang mati.. Bapak hilang anak, Anak hilang mak, Laki hilang bini. Bayangkan anda semua berada pada masa itu sudah tentulah anda juga inginkan keamanan.

Bila dah melibatkan nyawa ni adik-adik, benda tu tak akan habis sampai situ, bila ada orang mati, tentu akan ada orang nak tuntut bela, sampai ke sudah tak habis-habis orang mati. Kakak sentiasa kehilangan adik, Ibu sentiasa kehilangan anak nye ditetak orang. Bila balas dendam salah tetak orang, lepas tu orang yang kena tetak tu tetak pulak orang lain. Benda tak setel. Jadilah macam kat syria tu.. Kalau anda tak pernah pergi syria dan tak paham keseriusan perkara ni, pergi la lawat sana, saya doakan anda diberi rezeki supaya sampai kesana dan melihat sendiri bila negara dah hancur.. Nak ke jadi macam tu?

Baik, dah panjang saya membebel ni, saya nak anda BACA, PAHAM, HADAM dan HAYATI laporan Mageran ini. saya tampal kat blog ni selagi mana saya mampu nak bayar domain saya dan hosting saya ini. Insya Allah, pasti akan ada orang lain yang akan berterusan sharekan untuk tatapan generasi seterusnya, Insya Allah.

View Fullscreen

 

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *