Belajar untuk Mengajar

Hari ni aku nak sambung lagi aku punye coretan tentang diri aku. Aku nak bercerita pasal proses pembelajaran aku dari kecik sampai la fasa sebelum aku masuk UniKL. Sebenarnye ceritanya agak panjang dan berbelit-belit sebab 20 tahun bukanlah masa yang singkat. Betul tak?

Aku dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pelajaran sebagai aset atau harta. Ayah aku berulang kali mengingatkan aku adik beradik tentang pentingnya mempunyai ilmu. Ayat yang biasa diulang-ulang oleh ayah aku adalah “Tak ada harta yang mampu ayah tinggalkan untuk anak-anak ayah melainkan ilmu pengetahuan”

Sejak kecil aku dibesarkan dengan buku-buku. Dari aku 3 tahun aku dah mula melihat buku-buku bergambar. Aku mula tertanya-tanya apa tulisan di sebelah gambar tersebut. Dan ianya menyebabkan aku dahagakan ilmu.

Apabila aku berumur 4 tahun, kakak aku masuk tadika 5 tahun. Tadika ABIM. Aku sangat rapat dengan kakak aku. Aku tak sanggup tinggal seorang di rumah tanpa kakak aku. Lalu ayah aku pun berusaha untuk memasukkan aku kedalam tadika ABIM tersebut walaupun baru berumur 4 tahun. Aku tak ada masalah untuk menyesuaikan diri kerana dahaganya aku terhadap ilmu.

Umur 5 tahun aku sudah pandai membaca. Aku selalu berlumba membaca papan tanda dengan kakak aku sepanjang jalan ketika hendak balik kampung atau berjalan-jalan. Aku pun mula membaca buku-buku seawal usia 5 tahun. Ayah aku selalu bawak aku pergi Perpustakaan Negeri untuk membaca buku.

Membaca buku seawal usia tersebut membuatkan aku sentiasa dahagakan ilmu. Aku selalu buat eksperimen2 sains dengan kakak aku. Eksperimen sains tu aku dapat dari buku yang aku pinjam dari Perpustakaan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, aku dah berada di alam sekolah rendah. Darjah 1-2 aku bersekolah di Semenanjung. Kat situ aku selalu dapat nombor 1. Kakak aku pun sama.

Kemudian aku berpindah ke Tawau. Aku bersekolah di SRK St Patrick, Tawau Sabah. Sekolah tu boleh dikatakan sekolah pandai di kawasan Tawau. Aku dimasukkan ke kelas 3 Biru. Kelas yang tak berapa pandai sangat. Kat situ aku perform.

Disebabkan aku perform,masa darjah 4 aku dimasukkan ke kelas 4 Hijau, kelas yang paling pandai. Di kelas tu persaingan mendapat no 1 sangat sengit dan aku tak selalu dapat no 1. Paling teruk aku dapat nombor 4, tu pun dah kene bebel betul2 ngan parent aku. haha.

Darjah 6 aku berpindah ke JB. Aku bersekolah di SK Taman Johor Jaya 2. Awal2 aku dimasukkan ke kelas 6 Kilau. Lepas tu disebabkan aku perform, aku dimasukkan ke kelas 5 Sinar kelas yang paling pandai. Akulah antara harapan sekolah tu untuk mendapat 5A.

Aku pun masuk la MRSM sampai Form 5.

Lepas tingkatan 5 aku dapat pegi PLKN, Ambil result SPM pun kat PLKN. Lepas PLKN aku dapat tawaran masuk Kolej Mara Kulim. Matrikulasi. Kat sana pun aku ada semangat baru.

Apa yang memotivasikan aku belajar adalah semangat untuk mengajar orang lain. Dengan mengajar orang lain dan orang lain dapat manfaat dari apa yang aku ajar, aku rasa puas. Aku memang suka mengajar, cara aku belajar adalah daripada mengajar orang.

Masa kat kelas aku ramai yang tanya aku itu ini, kalau aku tak tau tu, aku akan cari jalan untuk tau benda tu supaya aku boleh mengajar orang. Dan dalam masa yang sama aku pun dapat belajar benda baru yang tak mampu lagi diabsorb oleh orang yang aku ajar.

Memang seronok menimba ilmu2 baru, sekarang ni aku menimba ilmu tentang bisnes dan kehidupan, dengan cara mengajar isteri aku. Haha. itulah cara aku belajar..

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *