Monitor LA32D550K7RXXM Yang tak Digunakan

Aku hari tu diminta oleh sepupu aku untuk pegi satu sekolah di Johor. Tujuan aku pergi sekolah tu sebab sepupu aku ni diminta tolong oleh cikgu besar sekolah tu untuk tengokkan 2 biji monitor yang tak digunakan. Menganggur jer kat sekolah tu.

Cikgu ni agak techno minded sket punya orang so dia tanye la kot2 boleh tak gunakan monitor tu letak kat pejabat ngan kat kantin. Dari pc dia, dia boleh control monitor tu, apa nak di papar kat monitor tu, slide show ke, lagu ke. Tapi sebelum sepupu aku ni nak proceed letak monitor tu kat dinding cikgu ni suruh la tunjukkan dia dulu bende tu do-able.

Maka aku pun pegi la ke sana berbekalkan semangat yang tinggi. Sampai kat sana aku pun tengok la monitor tu, monitor tu macam gambar kat bawah ni. Sebenarnye DLNA based TV.

Aku pun godeh la bende tu. Mula2 aku nak stream je pakai screen:// ikut vlc. So dia stream dari vlc tu pegi rtsp://. Aku ni ada pengalaman gak la bab stream mengestream ni. Sebab dulu aku ada buat satu radio online. Aku buat punye buat macam2 masalah timbul. Aku boleh stream screen tu, tapi masalahnyer tv tu pulak tak leh support stream tu. Aku pun dah pening.

Mula2 aku ingat dia takleh support sebab software All-Share tu memang takleh stream network stream. Konsep tv ngan pc tu adalah TV tu stream dari pc tu. Kalau aku nak stream screen, dia kene stream dari stream. Erm, aku pun tak paham apa aku cakap. Aku ni masalah sket bab nak menerangkan. Tapi kesimpulannya bende tu kene transcoding. Aku dah siap try pakai TVersity lagi untuk stream kan rtsp:// tu pegi tv tu. takleh gak. Bukan setakat rtsp:// aku pakai gak mms://, rtp://, http:// dan lain2. semua protocol aku pakai. tak leh gak.

Aku pun kaji dan kaji lagi kenapa aku tak leh stream. Barulah aku tau punca dia. Punca dia adalah Transcoding oleh TVersity tu takleh dipahami oleh tv tu. Pergh, aku dah menyirap. Nak jadikan bende tu streamable dekat tv tu pulak aku kene recompile balik vlc tu gune custom code. Memang tak la… bukan banyak sangat pun aku dapat payment.

So dengan menggunakan kepala otak kaki pusing yang tuhan kurniakan kepada aku, aku pun cakap ngan cikgu tu, Saya boleh buat stream desktop ni, tapi desktop ni stream 24 jam ke Monitor tu dan monitor tu akan sama je output. Kalau nak lain2 kene pakai dua pc.

Aku sebenarnyer sebelum tu aku dah buat backup plan. Kalau stream desktop tu takleh, aku just convertkan pc tu jadi Windows Media Server dan dari pc tu trus play to Monitor. Kelebihan dia adalah dia boleh play media yang berlainan untuk kedua2 monitor tu.

Tapi pengalaman aku kat sekolah tu, aku agak terkilan la dengan sikap orang Malaysia. Pertama pasal internet. Lambat gila. Yes 4G kot. pakai pun 3 4 orang jer. tapi pergh lambat. Pastu patutnye sekolah2 ni ada 3/4 modem yes ni. Bulan2 kerajaan bayar kot internet tu. Tapi yang ada cuma 1. Lagi 3 ghaib, tak taulah vendor kebas ke, cikgu kebas ke, yang penting ghaib. Bukan satu dua sekolah macam tu, hampir semua.. Sedih.

Macam mana malaysia nak maju kalau perangai kita masih macam tu. Asal bende senangkan kita, kita kebas, tapi dalam masa yang sama kita kutuk kerajaan, kita lawan kerajaan. Bende ni tak patut la. Ramai lagi yang orang2 jujur yang perlu kerajaan bantu, macam aku ni. kui kui kui.

So sambung cite tadi, aku pun demo lah convert slide show pegi video. Pastu aku play pegi tv tu. Lalu diapprove la projek untuk pasang monitor tu. Dari barang tu menganggur baik sekolah keluarkan sikit belanja untuk mengimprovekan teknologi sekolah tu. Ha tu lagi satu aku pelik. Letak monitor pastu pandai2 skolah nak buat apa. tu lagi hampeh.

Memang berlaku perkara2 macam ni terutama tempat2 jauh dari putrajaya. kalau sabah sarawak tu jangan cerita la, Keluar dari putrajaya seringgit, on the way nak sampai ke sarawak tu dah tinggal 10 sen. bende ni memang berlaku. Pastu bila tak maju, mundur, takde pembangunan, salahkan orang atas. Menteri2 pun 2 kali 5. Adun pun tumpang sekaki. Aku selaku gen y ni rasa meluat tengok orang2 yang dah berumur ni buat keje macam tu. Kalau dia buat keje macam tu dia sorang jer tak apa, Ni siap ada mentor mentee lagi. Turunkan ilmu kelepet duit peruntukan. Sampai bila bende ni akan terusan macam tu?

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *