Indonesia 4 November

Hari ini saya nak menulis tentang peristiwa demonstrasi yang berlaku di tanah jiran Malaysia iaitu Indonesia. Tujuannya hanyalah semata-mata ingin menuliskan peristiwa yang saya pasti bakal menjadi sejarah di masa akan datang.

Dalam penulisan dan pengamatan ini saya akan cuba menerangkan serba ringkas supaya di hari esok dan hari-hari mendatang tidak akan berlakunya fitnah dan penghinaan serta penghujatan berterus-terusan kepada Islam dan saudara-saudara saya di Indonesia.

Indonesia dan Malaysia adalah serumpun. Kerajaan-kerajaan islam di tanah semenanjung, tanah sumatera, tanah borneo, tanah sulu, tanah jawa, dan kepulauan-kepulauan lain yang berada didalam Gugusan Kepulauan Melayu/Nusantara adalah dibawah Kekhalifahan Islam sebelum para penjajah datang menjarak dan menjajah tanah ini. Di bawah mereka, kita dipecahkan dengan perjanjian-perjanjian syok sendiri yang memisahkan Indonesia kepada Belanda, Tanah Semenanjung dan Separuh Borneo kepada British, Filipina kepada Sepanyol, Indochina kepada Perancis.

Umat islam sudah lama dipecah-pecahkan dan diadu dombakan untuk memuaskan nafsu serakah para penjajah yang sangat suka melihat orang islam bercakaran antara satu sama lain. Nauzubillah, janganlah kita terpedaya dengan hasutan para perosak ini.

Di Malaysia dan Indonesia, Agama Islam adalah agama majoriti rakyatnya. Hanya atas dasar seagama sahaja sudah cukup untuk menganggap orang-orang islam di Indonesia adalah saudara kita. Apa-apa musibah yang berlaku kepada umat islam disana patutlah kita sebagai saudara turut merasa kesannya. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.

Apa yang berlaku pada 4 November 2016 di Indonesia adalah rentetan dari peristiwa penghinaan Ahok, Gabenor Jakarta kepada ketaqwaan orang Islam. Bermula dari isu politik, isu ini sudah melarat menjadi isu agama. Peristiwa penghinaan itu terjadi apabila Ahok menerangkan kepada rakyat Pulau Seribu agar tidak takut memilih Ahok kerana dibohongi oleh Al Quran.

Saya yang bukan seorang rakyat Indonesia juga sangat merasa tersinggung dengan kenyataan Ahok itu. Hati saya merasa sakit, darah saya menggelegak apabila melihat video kenyataan Ahok tersebut. Saya berpendapat adalah tidak salah untuk mengangkat pemimpin bukan Islam yang penting pemimpin tertinggi adalah Orang Islam. Itu pemahaman saya terhadap Ayat Al Maidah:51.

Namun yang menjadi punca membangkitkan kemarahan umat islam bukanlah kerana ayat Al Quran tersebut. Tapi ayat Ahok yang jelas-jelas menuduh orang islam DIBOHONGI AL QURAN yang membangkitkan kemarahan orang islam. Saya sertakan video lengkap kenyataan Ahok di Pulau Seribu yang menjadi punca kemarahan orang islam Indonesia. Dengarkan betul-betul saat ke 0:46 dan 0:54.

Dengarkan baik-baik.. Jelas bukan? sebanyak 2 kali beliau menuduh orang Islam DIBOHONGI AL QURAN! “Dibohongin OLEH Surat Al Maidah 51 macem macem itu”. Sesetengah pembela2 Ahok cuba menyembunyikan fakta dan mempropagandakan ayat “Dibohongin PAKAI surat Al Maidah 51”. Makna kedua-dua ayat tersebut berbeza, namun video di atas adalah bukti jelas penggunaan perkataan OLEH. Bukan “PAKAI”.

Selepas kejadian tersebut, beberapa tunjuk perasaan secara aman berlaku di tempat-tempat berlainan di Indonesia. Mereka menuntut supaya Ahok dihadapkan di muka pengadilan. Lihatlah betapa cintakan kedamaian mereka-mereka ini. Sekiranya mereka inginkan permusuhan dan kerosakan, sudah pastilah mereka mengumumkan PERANG serta merta. tapi itu tidak berlaku..

Apa yang berlaku pada 4 November 2016 adalah orang-orang islam di Indonesia membuat keputusan untuk berarak secara beramai-ramai ke Istana Presiden di Jakarta untuk menuntut kerajaan memenjarakan Ahok.

Mereka berpendapat bahawa AHOK haruslah dipenjarakan meski beliau telah meminta maaf dan mengatakan bahawa beliau tidak berniat menghina. Ia adalah berdasarkan hukuman penjara 14 Bulan keatas salah seorang rakyat Indonesia yang menghina agama Hindu di Bali dengan mengatakan “Tuhan tidak bisa datang ke rumah ini karena canang itu jijik dan kotor,”.

Mereka datang dengan aman dan saksama. Diketuai oleh para habaib dan ulama-ulama yang cinta kedamaian dan kerukunan. Dianggarkan lebih 200,000 jiwa yang hadir. Perhimpunan berlaku dengan aman damai sehingga selepas Isyak….

Sekumpulan manusia bertindak menyerang polisi yang berkawal. Seperti yang anda lihat dalam gambar diatas, para pelakunya nampak seperti berlakon dan hanya sekelompok kecil sahaja yang menyerang polis. Ia jelas adegan untuk memprovokasi supaya polis bertindak.

Polis pun bertindak melepaskan bom asap pemedih mata kearah khalayak.. Namun tindakan mereka melepaskan bom asap dan meletup berhampiran jamaah yang aman dikhuatiri hanya akan menambahkan provokasi.

Mujurlah majoriti peserta perhimpunan adalah orang yang menepati janji agar mengadakan demonstrasi yang aman dan tanpa keganasan. Namun apa yang terjadi selepas ini kita tidak tahu. Para pembela Ahok sudah pasti akan mencela dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan kepada para peserta demonstrasi.

Namun kesabaran manusia ada batasnya….. Ya Allah, kau sabarkanlah hati-hati orang Islam di Indonesia sehingga sampai penghakiman Tuhan kepada sang pencela..

Apa-apa pun saya berharap semoga Allah memenangkan Islam dan Menghinakan Ahok yang telah menghina AGAMA ISLAM!

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *