Dunia IT dari kaca mata Mister Faiz Amer
Dunia perniagaan dalam IT ni agak mencabar. Tak semestinya peniaga tu hebat gila pasal it menjamin kejayaan dia dalam perniagaan IT. Sebab hidup ni bergantung pada qada dan qadar tuhan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Aku mula minat dunia IT ni sejak aku kecik lagi. Mak aku kerani sekolah masa tu, dekat SRK St Patrick, Tawau Sabah. Ada satu kotak itam yang ada tulisan2. Pastu ada mesin taip yang pelik. Tak payah nak blanco. haha. Masa tu tak ada mouse lagi. Aku tengok la mak aku taip dekat bende itam tu. Pastu dia tekan backspace kalau salah. Mesin taip kalau salah kene blanco.
Aku ingat lagi masa ayah aku beli komputer masa aku umur 12 tahun. windows 95. aku betul2 amazed gila dengan teknologi komputer. Tapi sayangnya baru setahun aku nak menggodeh komputer tu, aku kene masuk sekolah asrama. So pergi la aku ke MRSM Muadzam Shah.
Kat MRSM Muadzam Shah pulak aku mengenal komputer dengan lebih dalam. Ada subjek komputer dulu. Taun 1999 aku create email pertama aku. [email protected]. Tempat aku create email aku tu dekat library sekolah aku. Kat situ aku mengenal Internet.
<Hello World>
Balik dari sekolah pula, parent aku pasang internet. Dial Up 1515 tu. bunyi dia tet tet tet tet.. trenetttt trenettt. Haha.. aku belaja masuk mIRC. Download lagu dekat #mp3melayu. Download script mirc. huh masa tu memang gile gile lah kemaruk aku ngan mirc. masa tu aku tingkatan 2. cuti sekolah aku mengadap.
Dekat sekolah pun aku belaja komputer betul2. Memang minat betul aku. Tapi jumlah pc limited so jarang2 lah aku dapat sentuh pun. Aku banyak abiskan masa ngan komputer kat rumah masa cuti. Masa kat MRSM Muadzam aku ni nakal sket. So bila balik rumah cakap sepatah dua patah je ngan parent. huhu.
Aku dilahirkan dengan bakat semulajadi dalam Matematik. Figures and Number ni dalam tangan aku jer. Waktu aku tingkatan 3, aku adalah antara pelajar terbaik dalam Matematik dekat MRSM Muadzam dulu. WALAUPUN aku memang tak belajar! Aku belajar bila orang tanya aku. Orang tanya aku, aku akan berusaha sampai aku dapat jawab apa yang orang tanya aku. Itu menjadi salah satu punca macam mana aku boleh cepat paham dalam bidang IT.
Cuti sekolah lepas PMR adalah waktu dimana aku mula mendalami bidang programming. Hujung tahun 2001 masa tu. Aku addicted dengan mIRC dan download macam2 script. tapi aku sedar, script ni ada kelebihan dia, script tu ada kelebihan dia. So aku cuba2 look into dia punye source code. Tanpa ada apa2 background dalam programming aku belasah jer. Aku belajar bahasa mIRC on connect lah, apa lah, macam2. pastu macam biasa lah, copy code sana copy code sini, jadilah script aku pakai sendiri. haha. so penghujung tahun 2001 tu aku dah berjaya buat script mIRC aku sendiri.
Lepas PMR aku terus dipanggil ke MRSM Jasin. MRSM Jasin adalah antara MRSM paling top masa tu. Result PMR belum keluar aku dah dapat tawaran masuk ke MRSM Jasin. mungkin ujian IQ ngan MARA tu aku lulus dengan cemerlang. ceh…. ehehe.
Bila aku masuk MRSM Jasin, aku menjadi semakin malas untuk belajar. Aku jadi riak dan takbur dengan diri sendiri. Dalam hati aku, alah aku tak belajar pun aku dah pandai. Malas la nak belajar, aku dah pandai. Tapi Allah maha adil, dia tunjukkan kat aku, masa kat Jasin aku punye pelajaran teruk. SPM aku pun cukup2 makan jer, dapat 4A. Kalau kat MRSM Jasin, 4A tu walaupun Add Math aku 1A, tetap dikira produk gagal.
Tapi Allah Maha Adil, walaupun aku tak diberi nikmat kejayaan cemerlang dalam SPM, aku dapat satu nikmat lain lagi. Berbekalkan kepandaian aku dalam dunia mIRC, aku tubuhkan channel mIRC untuk MRSM Jasin masa tu. channel #outsiderz! Aku lah founder channel tu, dan aku agak terkenal di kalangan netizens MRSM Jasin pada masa tu. Aku manage channel tu dengan sangat baik. Kalau time cuti, average online users dalam tu lebih kurang 100 orang. And, I’M THE BOSS.
Menghandle channel #outsiderz banyak mengajar aku tentang Human Management. Dealing with emotion, politics, dan pangkat. Kat situ gak aku menambah baik script aku dari script bodoh sampai jadi script perang. Masa tu jugak aku belajar sikit2 pasal hacking. Orang pertama aku hack adalah mak aku sendiri, aku letak keylogger untuk tau password tmnet dulu. haha. Masa tu aku form 4 ye.
Habis tingkatan 5 aku masuk matriks. KMKulim. kat situ pun aku belajar pulak pasal hardware. Ada sorang budak tu gile hardware, pc dia gempak gile, siap ada coolant. Aku mula buat research sendiri. tapi masa tu tak ada duit nak beli pc sendiri. Kalau nak cerita detail pengalaman2 aku dan betapa dashatnyer journey aku memang sampai esok tak habis tulis. Ada kesempatan aku cerita lah. Kat Muadzam, Jasin, tu pun macam2 bende boleh citer. Tapi i’ll save that for another day.
Habis KMKulim aku dapat tawaran di UTeM melaka. Masa tu nama dia KUTKM. Aku ambik BACHELOR OF MECHATRONICS ENGINEERING, nama pecah otak tak? ha memang pecah la otak aku. Aku malas belajar, dapat pulak PC sebijik. Aku godeh betul2 la pc tu. Last2 aku Gagal Berhenti………. sedih…….. pulanglah aku menanggung malu dengan sanak saudara dan keluarga….
Aku membawa diri ke KL, cinta monyet aku masa tu pulak mintak putus, yelah orang tak ada masa depan, GAGAL BERHENTI. Aku kerja kat kedai makan jer. Nak balik rumah malu kene buang sekolah. Kerja la aku dengan basic RM500 je.
Tapi aku tak putus asa, aku usaha dan usaha dan usaha sampai aku dapat interview untuk jadi Customer Service Executive. Kerja angkat call dan buat Streamyx Troubleshooting.
Masa interview kerja call centre streamyx tu, yang datang interview tu semua menakutkan aku, Ada yang degree, ada yang master pun ada. Basic ditawarkan pun agak lumayan. Tapi Alhamdulillah aku dapat kerja tu dengan berbekalkan sijil SPM aku. Tapi interview aku tip top. Interviewer tu siap tercengang aku cerita bab DNS ngan dia. haha. terus dapat.
Dekat situ aku mendapat sangat banyak ilmu, Terima Kasih kepada Team Leader aku dan senior dalam VADS tu yang banyak mengajar aku. Aku menjadi lebih matang dalam dunia IT. Masa tu aku dah berani sket la nak tunjuk muka ngan parent aku. “Ayah tengok ni slip gaji pais, Tak abis belajar pun pais boleh dapat gaji dekat RM3000”. Tapi jauh disudut hati aku, aku menyimpan hasrat utk sambung belajar.
Genap 5 bulan aku kerja, aku menyuarakan hasrat aku ngan ayah aku untuk belajar. Ayah aku pun menyokong hasrat aku, Maka aku sambunglah belajar di Universiti Kuala Lumpur. Bidang yang aku ambik adalah Bachelor in Computer System Security.
Mulai dari saat tu Journey aku berubah 360 darjah.
To Be Continued…