Downgrade Windows 8 pegi Windows 7

Dah lama sebenarnyer aku nak tulis pasal ni, tapi belum sempat sebab mungkin masa sentiasa mencemburui aku.. Ari ni aku nak tulis something yang agak teknikal sket, mohon kalau tak paham tak payah baca.

Ok dipendekkan cerita kalau korang perasan bila downgrade windows 8 pegi windows 7, Korang akan dapat error

windows cannot be installed to this disk. the selected disk is of the gpt partition style

Betul tak? yer itulah masalah nyer. Memang boleh diatasi dengan menggunakan Shift+F10 dan convert disk tu pegi MBR dan korang boleh install windows 7 dalam hard disk tu, tapi masalahnyer kalau korang convert gune diskpart tu korang kene pakai command “CLEAN” dimana data dalam hard disk tu akan diwipe abes. Betul? tak caya korang try.

Kalau korang tak gune command CLEAN tu pulak partition table tu akan serabut dan lepas convert pegi MBR korang still kene delete partition tu. Susah kan? Data customer dalam tu semua hilang. Customer mengamok silap2 boleh kene saman ngan customer.

Hari ni aku akan bagitau cara aku untuk atasi masalah tu.

1. Korang boleh backup pegi hard disk lain lepas format korang masukkan balik. Cara ni aku tak berkenan sangat sebab leceh dan ada kemungkinan hard disk tu pulak rosak sebab transfer data banyak sangat. kalau 600GB data tu korang nak tunggu? memang taklah kan.

2. Cara kedua lebih efisien. Menggunakan AOMEI Partition Disk yang diinstall dalam PC korang, korang boleh keluarkan hard disk dari laptop customer tu pastu jadikan external hard disk. Lepas tu korang pakai AOMEI Partition Assistant tu korang convert GPT pegi MBR. Namun cara kedua ni pun walaupun lebih efisien dari cara pertama, bagi aku masih leceh sebab kene bukak hard disk, kalau hard disk tu nak bukak pakai 2 skru tak apa, kalau dapat ACER yang kene dissassemble laptop tu untuk keluarkan hard disk? HARU~

3. Cara ketiga adalah menggunakan Bootdisk yang korang generate gune AOMEI partition assistant tu. Mudah kan.

Ok tu saje perkongsian aku pada hari ni.

Renung2kan dan selamat beramal.

Download

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *