Online TV Broadcast Server (A Blueprint)

Assalamualaikum.

Fuh lama betul rasa tak update blog ni. Dah berhabuk dah agaknya. Ok hari ni saya nak memperkenalkan anda semua tentang servis terbaru saya iaitu Online TV Broadcast Server.

Masa tahun 2009 dulu saya ada buat satu radio online nama dia Chatterzica. Masa zaman tu tak banyak radio online yang bertapak. Nama-nama yang saya ingat masa tu Penang FM, 1Malaysia FM, Dunia Muzik Online, Fungkur FM. Yang masih wujud sampai ke hari ni ada la beberapa kerat. Bapakku FM pun start beroperasi time-time tu lah.

Listener saya masa tu boleh mencecah sehingga 50 user serentak which is sangat popular masa tu sebab radio kami kecik je. Website masa tu pun saya buat atas hosting free dan radio server tu pun free. Ye lah, time tu belajar tak ada duit.

Radio tu berkubur sebab saya dah start berniaga di Bangi dan tak ada masa dan sumber untuk teruskan maintain radio tu. So saya tutup je. Lagipun tujuan saya buat radio tu sebab ada orang cabar je. Which is saya berjaya buktikan saya mampu buat dan dapat banyak listener masa tu. Bukan senang nak maintain radio online ni.

Tapi sekarang zaman dah makin maju, internet pun dah laju. Bukan setakat boleh buat radio online, tapi tv online pun boleh. Sekarang orang guna TV online tu adalah untuk stream TV yang ada macam astro dan lain2. Lepas tu diorang jual subscription dia. Baru-baru ni ada orang kena tangkap.

Saya mampu buat benda tu dan saya boleh create satu server utk streamkan semua channel-channel Astro.. Kalau saya nak. tapi saya taknak sebab benda tu salah.

Namun, sekiranya ada pihak yang berkenan untuk establish satu Online Broadcasting TV, bolehlah berurusan dengan saya untuk proses pemindahan teknologi dan Khidmat Nasihat.

Macam-macam boleh dibangunkan dengan teknologi ni sebenarnya. Bergantung kepada pihak yang nak buat tu. Teknologi ni disalah guna dengan curi content dari Astro dan jual kepada orang. Apa salahnya kalau buat je satu channel TV online dan bersaing secara sihat dengan Astro.

Selain dari buat channel TV, boleh juga digunakan untuk tujuan pembelajaran. Contoh buat satu channel khas untuk belajar programming. Di mana Video-Video tersebut dikumpulkan dan di stream dekat tv besar universiti.

Syarikat besar yang ada banyak cawangan pun boleh memanfaatkan teknologi ini dengan buat satu centralized one stop information center dimana content disediakan oleh pihak hq dan setiap cawangan dia ada satu tv yang akan ada briefing tiap-tiap pagi oleh CEO. Menarik kan?

Bila dah ada satu centralized content delivery, macam-macam boleh buat. Sky is the limit. TV tersebut jugak boleh diembed dekat facebook page. Boleh stream as mp4 kalau nak ada mobile support.

Facebook post pun boleh embed tv tu. Boleh tengok contoh kat bawah ni saya embed tv tu kat facebook post. Boleh letak dekat Group, page, boleh jugak buat FB Ads. menarik kan?

Tak habis dekat situ, boleh jugak buat mobile apps untuk tv anda ni. Orang download apps tu boleh tengok content anda. Macam apps tonton.my tu. Tapi utk tv anda. Facebook live memang ada. tapi mengikut firasat saya, akan macam2 sekatan facebook live ni nanti. Sebab dah banyak kes orang bunuh diri kat FB.

Salah satu produk saya adalah kodi media center. Kodi juga boleh digunakan sebagai player untuk stream tv tersebut. Server dan Player, semua saya ada. Boleh jugak play dari Android tv dengan memasukkan link stream.

Malaysia Kodi Box

Box Kodi

Bayangkan kalau sekolah2 ada server stream untuk setiap mata pelajaran dia. Content dia control dari pusat. Boleh kumpulkan content2 dari guru-guru terbaik setiap matapelajaran untuk bersiaran secara live di TV tersebut. Fuh sempoi kan. Bukan setakat untuk dalam Malaysia ni, kita boleh tawarkan kepada kerajaan-kerajaan lain yang akses kepada pendidikan terhad. Macam turkistan, afghanistan, kongostan, gohead gostan, fuh angan2 tu tinggi. kalau dapat, mau 7 keturunan makan tak abes. haha

Kita juga boleh promotekan budaya kita kepada orang luar sebab dunia internet ni dunia tanpa sempadan. Tak perlu kemana-mana tapi kita ada dimana-mana.

Itu untuk pendidikan dan social service, kalau untuk business pulak, lagi banyak boleh buat. Perasan tak TV-TV kat KFC dan mcd tu. Benda tu senang je nak buat. McD pun ada radio dia sendiri pasang kat setiap cawangan dia.

Baik. seterusnya saya sambung blueprint server streaming saya. Saya dah setel RnD untuk TV Broadcast Server ni. ada sebijik kat rumah saya. nak buat banyak pun boleh. Tapi malas. Saya pakai Raspberry Pi sebagai server dan boleh stream kepada 50-100 orang. Kalau nak buat public, memang kena ada server sedap sikit lah.

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *