Onlinekan Jenama anda dengan Pek Permulaan MYNIC (BOS)

Hari ini saya akan berkongsi apa sebenarnya BOS Starter Pack, inisiatif dari MYNIC ini.

Penjenamaan atau Branding adalah elemen yang penting untuk anda memperkenalkan sesuatu kepada orang lain. Tidak kiralah anda ingin memperkenalkan diri anda, syarikat anda, perniagaan anda ataupun produk anda.

Apa pun strategi Branding anda, di zaman IT ini, anda perlukan domain dan hosting bagi jenama anda. Domain dan Hosting inilah yang akan membuatkan jenama anda lebih terserlah berbanding jenama lain. Ia dipanggil Online Presence.

Atas inisiatif MYNIC memudahkan pendaftaran domain dan webhosting sekaligus, anda mampu mengaktifkan domain dan hosting anda dengan mudah dan pantas. Hanya perlukan beberapa minit untuk pengaktifan, dan kurang dari 24 jam untuk approval.

Perkara pertama yang anda harus ada ialah Starter Pack BOS. Starter Pack BOS dari MYNIC setakat ini ada yang RM88 dan RM587. RM88 adalah pakej Go2 iaitu servis Redirection kepada content anda. Katakan anda mempunyai FB page dan anda perlukan domain supaya ia boleh redirect ke FB Page anda, anda membeli BOS Go2 RM88 dan Linkkan domain anda kepada FB Page anda.

Sekiranya anda kurang jelas apa itu domain, domain adalah alamat anda di dunia internet. contohnya alamat blog ini ialah faizamer.my. Faizamer.my itu ialah sebuah domain.

Pakej BOS (Branding Online Solution) adalah pakej lengkap Domain dan Hosting serta Tool untuk membina laman web. Anda boleh design laman web anda sendiri dengan tool ini. Namun, sekiranya anda inginkan laman web yang canggih atau sistem anda sendiri, bolehlah mendapatkan khidmat nasihat pakar. Apa-apa pun, kena ada domain dan hosting dahulu.

Pek permulaan MYNIC BOS

Inilah dia pek permulaan BOS tersebut. Di dalamnya ada kod diskaun dan manual penggunaan. Ikuti langkah-langkah untuk mengaktifkan Domain dan Hosting anda seperti tertulis dalam manual yang disertakan.

Selepas pengaktifan, anda akan dapat akaun CPanel anda. Di situ anda boleh menambah email bagi domain anda. Seperti contoh, domain anda adalah abc.com.my, anda boleh create email anda sendiri [email protected].

 

CPanel Domain

Di atas adalah CPanel untuk domain anda, di sinilah anda boleh upload fail ke website anda, design laman web anda ataupun install cms kepada website anda.

Saya ingin kongsikan apa yang sangat menarik mengenai CPanel ini. 

CPanel mempunyai tool yang dinamakan Softaculuos. Ia adalah koleksi CMS atau Sistem Open Source yang sudah siap pasang ke website anda. Anda hanya perlu install dan aktifkan sahaja sistem-sistem tersebut untuk menggunakannya.

Klik Softaculuous

Klik ikon Softaculous App Installer di dalam CPanel anda.

Softaculous App Installer

Inilah App Installer.

Berikut saya senaraikan beberapa sistem Open Source yang mungkin berguna untuk anda:

  1. Blog, Portal, Website
    1. WordPress
    2. Joomla
  2. E-Commerce
    1. Open Cart
    2. Magento
    3. Abante Cart
  3. Forum
    1. phpBB
    2. SMF
  4. Sistem Business
    1. Invoice Plane
    2. Invoice Ninja
    3. Open Source Point of Sales

Anda hanya perlu install sahaja ke website anda.

Bagaimana untuk mendapatkan pakej BOS ini?

Anda boleh mendapatkannya dari MYNIC Seeds Agent. Dengan diskaun-diskaun yang menarik, anda dapat memiliki sebuah Jenama Online dengan kos yang amat amat berpatutan.

Salah satu MYNIC Seeds Agent adalah Mister Com Solutions. Anda boleh membeli Pek Permulaan ini secara online di https://www.mister.my/shop/. Aktifkan sendiri domain anda dan anda sudah memiliki domain dan hosting anda sendiri!

Sekiranya anda perlukan sebutharga atau pertanyaan lanjut, boleh berurusan menerusi whatsapp di link wasap http://wasap.la/mister

 

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *