---------------------------------------
About Me:
The Winner says," It may be difficult but it is possible";The Loser says,"It may be possible but it is too difficult------------------------------------------I Am Full Time Muslim and part time Businessman.I am Full Time Mister and part time Worker.------------------------------------------I am Full time Hacker and part time Blogger.
Persoalan yang sering timbul di benak pemikiran orang islam di Malaysia adalah, “Adakah aku rasis sekiranya aku memperjuangkan kepentingan bangsaku sendiri?”
Secara jujur aku katakan, hampir semua orang melayu ni ada semangat nak memperjuangkan bangsa melayu. Bukan setakat orang melayu, bangsa lain dekat Malaysia ni pun sama je, tak payah bohong la. Kalau kita jujur dan bercakap benar, benda jadi lagi mudah nak selesaikan.
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana untuk memulakan perniagaan perkhidmatan (Service Business).
Industri perkhidmatan adalah salah satu industri yang sesuai untuk pemula peniaga. Memerlukan modal yang sangat rendah, dan margin keuntungan yang tinggi, bidang perkhidmatan menjadi pilihan utama untuk pemula-pemula perniagaan yang baru hendak bertapak. Read more
Umum mengetahui gelombang kempen #BuyMuslimFirst yang tiba-tiba menerpa dan mengejutkan semua pihak. Ia seumpama seruan jihad ekonomi yang menggemparkan, mengejutkan dan tidak disangka-sangka.
Dalam kekalutan ada peraturan.
Peraturan cipta kekalutan.
Dimana pula kau berdiri?
Website https://muslimfirst.nakbe.li ini saya lancarkan pada 25 August 2019. Apps pula saya lancarkan hari keesokannya. Boleh tengok post di SINI. Traffic yang sangat tinggi direkodkan dari 28 – 31 August dimana website ini pernah mencecah hampir 4000 visitor serentak.
Alhamdulillah website ini saya bina untuk menampung load sehingga 100,000 concurrent user. Tidak terkecuali dengan serangan siber keatas website saya. Sehingga Akaun Facebook saya telah direport beramai-ramai sehingga disekat 30 hari. Tapi takpelah 30 hari je. Tunggu je lah.
Antara kekangan yang saya hadapi adalah bandwidth. Hosting Provider saya hanya membenarkan 1000GB data transfer selama sebulan. Maka dengan itu saya menggunakan servis image hosting percuma di Imgur.com.
Kekurangan menggunakan servis percuma ini adalah masa yang diperlukan untuk load image tersebut bertambah. Dengan itu, saya menggunakan teknologi LazyLoad untuk load image secara berperingkat. Lazy load adalah satu cara untuk post loading image apabila user scroll atau akses tab. dengan cara itu, browser akan fetch image secara berperingkat.
Hasil dari menggunakan strategi loading image yang baik, website ini dapat diakses dengan lancar. Sudah selesai satu part. tinggal part nak update data didalam website dari masa ke semasa.
Part nak update data, buat website, buat apps, perkara yang sangat mudah bagi saya. Yang sukarnya adalah menjaga hati untuk terus ikhlas. Bukan senang seorang Profit Oriented macam saya nak buat kerja-kerja amal macam ni.
Hai semua, hari ni saya nak kongsikan mengenai website yang saya bina untuk senarai produk muslim dan bumiputra yang ada di Malaysia.
Malaysia sekali lagi digegarkan dengan kempen #BuyMuslimFirst yang tiba-tiba menyerang. Ia sesuatu yang baik apabila ramai orang Islam sudah mulai sedar bahawa kita seharusnya menyokong produk Orang Islam.
Atas semangat yang sama, saya mengambil inisiatif kecil untuk membuat senarai produk keperluan yang dimiliki oleh Orang Islam dan Bumiputra.
Terdapat group di FB dan Telegram yang tumbuh bagai cendawan dengan satu tujuan iaitu menyebarkan mesej #BuyMuslimFirst ini. Saya pun tidak mahu tertinggal untuk berkhidmat demi Agama Islam.
Posting produk dekat group kadang2 tak tersusun, maka saya mengambil inisiatif untuk membuat listing barang-barang keperluan milik orang islam dan bumiputera.
Boleh lah support usaha kecil saya ini dengan menyebarkannya kepada rakan-rakan. Anda juga boleh invite rakan2 ke group Facebook tersebut untuk berbincang apa yang boleh ditambah baik kepada listing tersebut.
Semoga usaha kita semua mendapat berkah dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Mesti ramai antara korang yang contact list phone dia penuh. Biasanya contact list kita penuh sebab kita perlu save nombor orang tu sebelum whatsapp dia. Betul tak? Dan kadang2 kita hanya nak whatsapp dia sahaja tanpa perlu nak save nombor dia.
Ha.. kalau korang menghadapi masalah begini, korang perlu tahu cara whatsapp tanpa perlu save nombor orang tu. Baru lah contact list korang tak penuh sampai nak cari nombor orang pun susah kan?
Ada beberapa cara korang boleh whatsapp tanpa perlu save nombor ni, tapi saya akan tunjukkan anda cara paling mudah untuk whatsapp tanpa perlu save.
Caranya adalah menggunakan apps WasapLa Direct yang boleh didownload dari google playstore.
Step 1: Download apps dibawah dari google playstore
Step 2: Buka apps tersebut, anda akan nampak interface seperti di bawah.
Step 3: Masukkan telefon yang anda nak whatsapp (jangan lupa kod kawasan)
Step 4: Tekan Wasap!!
Mudah kan?
Tambahan: Anda juga boleh menggunakan QR Code scanner untuk direct wasap. Untuk generate QR Code wasap.la, anda boleh menggunakan Apps Wasap.la Biz.
Ini ialah post untuk produk terbaru saya iaitu sebuah tool untuk broadcast message whatsapp kepada banyak nombor. Whatsapp Broadcast message sebenarnya tidak membantu kerana sekiranya penerima tidak save nombor awak, mereka tidak akan menerima message tersebut.
Oleh sebab itulah, saya memerlukan sebuah tool yang boleh broadcast message kepada yang tak save nombor saya. Dan terciptalah sebuah tool untuk memudahkan lagi proses marketing saya.
boleh tengok demo di bawah.
Sebelum ni, apabila saya memulakan projek wasap.la, ia adalah projek suka-suka dan idea dari isteri saya, Lebih kurang dia cabar saya lah.. “Awak tak boleh buat link wasap sendiri ke?”
Ha.. itu la starting dia. Apabila dah siap, pengguna pertama link tersebut adalah isteri saya. Kemudian beberapa syarikat berminat untuk menggunakan wasap.la sebagai redirection link ke whatsapp mereka.
Utk setakat ni, total user untuk Wasap.la ada lebih kurang 400 peniaga/staff sales. masih sedikit namun ia bertambah dari hari ke hari.
Apabila menggunakan link wasap ni, customer akan message whatsapp direct. so kita ada nombor telefon customer. Database tu kalau tak digunakan dengan betul, sangatlah merugikan.
Oleh sebab itu saya membangunkan software Mass Whatsapp Message ini supaya data nombor2 customer tu kita boleh guna untuk mengiklankan produk2 baru, offer2 baru ataupun sekadar mengucapkan selamat berbuka puasa/selamat hari raya/selamat berpuasa dan sebagainya..
Kadang2 customer kita lupa pada kita. Kita yang kena ingatkan mereka. Sebab tu lah Jenama2 besar berhabis modal semata-mata untuk kekal diingati oleh customer2 mereka. Makin ramai customer, makin tinggi kos impression ini.
Mass Whatsapp Message ini percuma untuk pemilik Biz Dashboard Wasap La. Tetapi sekiranya anda ingin software sahaja, anda boleh membeli software sahaja. Hanya bayar sekali seumur hidup. Itu yang ramai seller inginkan. Pelaburan sedikit untuk Kebarangkalian tanpa Had.
Macam2 yang anda boleh lakukan dengan tool ini. Ia bergantung kepada kreativiti anda.. Anda juga boleh applikasikan ilmu2 marketing yang anda belajar dari sifu2 anda dengan tool ini..
Software ini juga boleh di download secara Trial. Trial hanya boleh load 3 nombor sahaja. Beberapa fungsi juga hanya terdapat pada Full Version. Anda boleh download Trial di SINI
Be Creative. Get ahead of your competitor.
Tool ini saya beri percuma kepada yang sudah mendaftar sebagai pengguna Wasap.la Biz Dashboard. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu Wasap.la Biz Dashboard, anda boleh menonton video pengenalan Biz Dashboard di http://wasap.la
Boleh dapatkan Biz Dashboard Wasap.la dengan klik link ni
Hari ini saya akan berkongsi apa sebenarnya BOS Starter Pack, inisiatif dari MYNIC ini.
Penjenamaan atau Branding adalah elemen yang penting untuk anda memperkenalkan sesuatu kepada orang lain. Tidak kiralah anda ingin memperkenalkan diri anda, syarikat anda, perniagaan anda ataupun produk anda.
Apa pun strategi Branding anda, di zaman IT ini, anda perlukan domain dan hosting bagi jenama anda. Domain dan Hosting inilah yang akan membuatkan jenama anda lebih terserlah berbanding jenama lain. Ia dipanggil Online Presence.
Atas inisiatif MYNIC memudahkan pendaftaran domain dan webhosting sekaligus, anda mampu mengaktifkan domain dan hosting anda dengan mudah dan pantas. Hanya perlukan beberapa minit untuk pengaktifan, dan kurang dari 24 jam untuk approval.
Perkara pertama yang anda harus ada ialah Starter Pack BOS. Starter Pack BOS dari MYNIC setakat ini ada yang RM88 dan RM587. RM88 adalah pakej Go2 iaitu servis Redirection kepada content anda. Katakan anda mempunyai FB page dan anda perlukan domain supaya ia boleh redirect ke FB Page anda, anda membeli BOS Go2 RM88 dan Linkkan domain anda kepada FB Page anda.
Sekiranya anda kurang jelas apa itu domain, domain adalah alamat anda di dunia internet. contohnya alamat blog ini ialah faizamer.my. Faizamer.my itu ialah sebuah domain.
Pakej BOS (Branding Online Solution) adalah pakej lengkap Domain dan Hosting serta Tool untuk membina laman web. Anda boleh design laman web anda sendiri dengan tool ini. Namun, sekiranya anda inginkan laman web yang canggih atau sistem anda sendiri, bolehlah mendapatkan khidmat nasihat pakar. Apa-apa pun, kena ada domain dan hosting dahulu.
Pek permulaan MYNIC BOS
Inilah dia pek permulaan BOS tersebut. Di dalamnya ada kod diskaun dan manual penggunaan. Ikuti langkah-langkah untuk mengaktifkan Domain dan Hosting anda seperti tertulis dalam manual yang disertakan.
Selepas pengaktifan, anda akan dapat akaun CPanel anda. Di situ anda boleh menambah email bagi domain anda. Seperti contoh, domain anda adalah abc.com.my, anda boleh create email anda sendiri [email protected].
CPanel Domain
Di atas adalah CPanel untuk domain anda, di sinilah anda boleh upload fail ke website anda, design laman web anda ataupun install cms kepada website anda.
Saya ingin kongsikan apa yang sangat menarik mengenai CPanel ini.
CPanel mempunyai tool yang dinamakan Softaculuos. Ia adalah koleksi CMS atau Sistem Open Source yang sudah siap pasang ke website anda. Anda hanya perlu install dan aktifkan sahaja sistem-sistem tersebut untuk menggunakannya.
Klik Softaculuous
Klik ikon Softaculous App Installer di dalam CPanel anda.
Softaculous App Installer
Inilah App Installer.
Berikut saya senaraikan beberapa sistem Open Source yang mungkin berguna untuk anda:
Blog, Portal, Website
WordPress
Joomla
E-Commerce
Open Cart
Magento
Abante Cart
Forum
phpBB
SMF
Sistem Business
Invoice Plane
Invoice Ninja
Open Source Point of Sales
Anda hanya perlu install sahaja ke website anda.
Bagaimana untuk mendapatkan pakej BOS ini?
Anda boleh mendapatkannya dari MYNIC Seeds Agent. Dengan diskaun-diskaun yang menarik, anda dapat memiliki sebuah Jenama Online dengan kos yang amat amat berpatutan.
Salah satu MYNIC Seeds Agent adalah Mister Com Solutions. Anda boleh membeli Pek Permulaan ini secara online di https://www.mister.my/shop/. Aktifkan sendiri domain anda dan anda sudah memiliki domain dan hosting anda sendiri!
Sekiranya anda perlukan sebutharga atau pertanyaan lanjut, boleh berurusan menerusi whatsapp di link wasap http://wasap.la/mister
Hari ni saya nak kongsikan satu development journal untuk parcel tracking yang saya buat. Source code tidak disediakan, cuma lebih kepada POC.
Baik, kekangan pertama yang saya hadapi apabila nak dapatkan status dari website syarikat logistik ni adalah, ada yang sediakan API, ada yang tak sediakan API, tapi saya memang nak buat yang boleh track semua company yang ada.