Top 3 Best Free Video Editor

Assalamualaikum.

Anda suka edit video? Biasa pakai Windows Movie Maker tapi movie maker banyak limitation? saya pun begitu juga. Kadang-kadang ada kerja-kerja saya yang memerlukan video editing. This is my Top 3 Best Free Video Editor

Software editing video yang paling famous adalah Final Cut Pro untuk Mac dan Adobe Premier untuk windows. Software-software tersebut memang sangat bagus dan jika anda ada duit, beli lah software tersebut. Worth every penny. Atau lebih mudah lagi, upah je freelance2 untuk buat kerja-kerja editing video tersebut, Jimat masa, Jimat duit.

Ok lah tak nak cerita panjang-panjang. Saya terus cerita 3 Free software yang saya pilih untuk edit video. Mungkin anda boleh tambah dalam ruangan komen software video editing yang anda suka, mungkin saya boleh tambah kedalam list ini.

  • Hitflm4 Express

hitfilm4exp

Sebagai software yang baru bertapak, Hitfilm Pro and Express tidak mempunyai banyak fungsi terdapat dalam aplikasi berbayar – tetapi ia adalah cepat dan responsif. Saya cadangkan untuk Medium Spec PC, anda boleh mencuba software ini

  • Davinci Resolve

resolve_logo

DaVinci Resolve pula lebih berat dari Hitfilm Express, tapi video effect dia banyak dan ada komuniti yang semakin berkembang. Untuk peminat2 After Effects boleh cuba alternative percuma ini. Kekurangannya adalah terlalu berat untuk Komputer yang ram tak cukup tinggi.

  • Shotcut

shotcut-logo-640

Shotcut pula adalah software yang absolutely free. Cuma software ni terlalu kompleks dan susah untuk beginner, saya tak berapa suka sangat shotcut ni sebab susah. Tapi berdasarkan review2 dari professional designer, diorang lebih sukakan shotcut ni sebab Tool dia agak lengkap dan kreativiti diorang boleh dilakar dalam video para proffessional designer tanpa limitation. Expert software tak sesuai untuk beginner.

Kesimpulan: saya bukan video designer dan saya cuma guna untuk basic2 editing macam nak buat slideshow ke, letak effect sket2 ke. Tapi saya suka mencuba banyak software video editing dan saya pilih 3 software ni. Mungkin banyak lagi software2 di luar sana yang saya tak cuba lagi.

Please tell me what your favourite video editing software and i will try it. If it good, i will add it to my list. Thank you 🙂

Top 3 Best Free Video Editor

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *