Pantun Melayu Moden

Nukilan ku utk tatapan anak bangsa..

Melayu itu dagang bertempat,
Gagah di laut gagah di darat,
Jangan Melayu umpat mengumpat,
Kelak bangsa di makan karat.

Nila Utama Raja Palembang,
Pagar Ruyung asal bangsawan,
Jangan kau takut ombak mendatang,
Percaya tuhan, teguhkan iman.

Pantai Baniras pantai keramat,
Tempat berteduh si Raja Suran,
mengharap belas si pengkhianat,
darah dan noda jadi mainan.

Melayu jati melayu berbudi,
Pantun dan syair jadi pakaian,
taburlah budi sebelum mati,
jasad terkubur nama bertahan.

Helaian sejarah terselak sudah,
Bumi Melayu Bumi Bertuah,
Kenanglah sejarah Jebat dan Tuah,
Hilangkan sengketa satukan Ummah.

Jebat derhaka khianati Raja,
Namun Tuah tetap Setia,
Biar dicaci mahupun dihina,
Takkan Melayu hilang di dunia.

Tuah dan Jebat bertikam lidah,
Jebat derhaka Tuah setia,
Bertempur sudah mati pun sudah,
Sejarah lama jangan dilupa.

Ikutlah resmi Tuah setia,
Hindari rasa tamakkan kuasa,
Sejarah baru kini bermula,
Tak mungkin pengkhianat menjadi Raja….

– Pantun Melayu Moden –

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *