Pantun Anak Bujang

Rundingan jangan selisih
Muafakat jangan bercanggah
Tuah pada sekata
Berani pada seia
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Hidup biar sabar beralah
Mandi di sebelah bawah
Ambil air di sebelah hilir

Jikalau disekatnya bendar sawah
Dipijaknya tanah batas

Busungkan dada engkau, bujang
Perlihatkan tanda engkau lelaki
Jangan takut tanah akan merah
Satu hilang, kedua terbilang
Sebelum ajal berpantang mati
Namun di dalam kebenaran
Biar dipancung leher putus
Setapak jangan engkau surut

– Pantun Anak Bujang –

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *