Commercial vs Open Source Accounting Software

Commercial vs Open Source Accounting Software 

Hari tu aku ada ada post pasal Simple Invoices. Tujuan software tu adalah untuk memudahkan business practicer/business owner untuk merekodkan setiap transaksi mereka.

Namun, apabila syarikat mereka berubah dari Small and Medium Enterprise menjadi Syarikat yang lebih besar, mereka memerlukan sistem perakaunan yang lebih canggih. Di Malaysia terdapat banyak sistem perakaunan berkomputer untuk membantu proses membuat rekod mengenai akaun mereka.

Sistem perakaunan open source menawarkan solusi yang terhad kerana sistem open source boleh di-fine tune mengikut keperluan syarikat tersebut. Namun proses customisation untuk sistem tersebut hanya boleh dilakukan oleh orang yang pakar. Sekiranya syarikat tersebut tidak mempunyai kepakaran untuk membuat customisation, syarikat tersebut perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Namun, belanja yang besar itu sebenarnya tidak berbaloi untuk dikeluarkan melainkan mengeluarkan belanja yang besar terhadap syarikat programmer yang memang professional. Dan biasanya belanja yang dikeluarkan adalah SANGAT BESAR.

Maka disitu keperluan untuk menggunakan commercial software untuk accounting diperlukan. Banyak perisian akaun komersil yang biasa digunakan di Malaysia. Antaranya adalah SQL Accounting, UBS Accounting, MyOB Accounting dan banyak lagi.

Setelah license untuk perisian tersebut dimiliki oleh Syarikat tersebut, masalah biasa timbul adalah perisian tersebut memerlukan seorang akauntan yang berpengalaman menggunakan perisian akaun tersebut. Yang mudah digunakan biasanya tidak lengkap dan banyak kekurangan. Yang lengkap pula biasanya sukar digunakan.

Tempohari saya berkesempatan berjumpa seorang Akauntan Berpengalaman yang mempunyai sebuah Pusat Latihan untuk mempelajari perisian perakaunan ini. Beliau sangat berpengalaman dalam mengendalikan sesi latihan untuk perisian perakaunan ini.

Do you like this post?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *